Disediakan oleh
Kluang Today
9:26:00 PG
-
1
Ulasan
KUCHING : Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat untuk mentadbir negeri Sarawak selepas parti pemerintah itu berjaya memenangi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri kali ke-11.
Dalam pilihan raya negeri kali ini juga, BN berjaya memperoleh 63.72 peratus undi popular. Ia adalah peningkatan 8.32 peratus berbanding 55.4 peratus yang diperoleh gabungan itu pada pilihan raya negeri 2011.
Menerusi mandat yang lebih besar, Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Sabtu malam telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.
Pada pilihan raya kali ini, PBB mencatat 30.49 peratus undi popular, SUPP (13.38 peratus), PRS (6.85), SPDP (3.12) dan calon langsung BN (9.88).
Manakala bagi pembangkang, DAP memperoleh undi popular tertinggi dengan 18.21 peratus, diikuti PKR (9.29 peratus), PAS (1.70), Bebas (5.32), Star (0.37), Amanah (1.24) dan PBDSB (0.16).
Pada Sabtu, sebanyak 777,018 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka di 80 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, selepas BN menang dua kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon, 25 April lepas.

Terbaik...!!
BalasPadamBN still the best!
Kita masih tak ada alternatif yang sebaik & sekuat BN..
Pembangkang - Cacamarba. Macam mana nak bagi parti carcamarba memerintah Sarawak..Hancus!!