Terkini
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Ogos 2016

lee-chong-wei-final

PETALING JAYA : Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara kepusingan akhir setelah menewaskan musuh tradisinya dari China, Lin Dan dalam aksi yang penuh debaran sebentar tadi.

Kejayaan mara ke pusingan akhir ini sekaligus membuka peluang untuk Malaysia meraih pingat emas pertama dalam siri temasya Olimpik.

Dalam saingan tersebut, Chong Wei menewaskan Lin Dan dengan catatan mata, 15-21, 21-11, 22-20, dalam perlawanan yang berlangsung di Pavilion 4, Riocentro.

Ketenangan dan sikap fokus Chong Wei ketika berdepan dengan kedudukan seri 20-20 memberinya kelebihan untuk mencatat dua mata akhir yang membawanya mara ke saingan akhir buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi Sukan Olimpik.

Menerusi rekod perlawanan sebelum ini, Chong Wei dan Lin Dan pernah bertemu sebanyak 36 kali di peringkat antarabangsa di mana Lin Dan memenangi perlawanan sebanyak 25 kali manakala Chong Wei pula sebanyak 11 kali.

Lebih manis lagi, Chong Wei dapat membalas dendam setelah tewas kepada Lin Dan dalam dua edisi Sukan Olimpik sebelum ini, di Beijing (2008) dan London (2012)

Selasa, 16 Ogos 2016

badminton-olimpik-2016

RIO DE JANEIRO : Kejayaan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying  mara keperingkat akhir  pertandingan badminton Sukan Olimpik Rio 2016 mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak kini dalam gengaman.

Pasangan negara itu mengetepikan cabaran Xu Chen-Maj Jin dari China, 21-12, 21-19 dalam aksi separuh akhir mereka.

Menurut Peng Soon, dia dan Liu Ying masih tidak percaya dengan kejayaan yang dianggap paling bermakna dan bersejarah sepanjang karier mereka itu.

Lebih bersejarah, kejayaan ini kali pertama beregu campuran negara mara ke pusingan akhir dan menyumbang pingat sejak badminton dipertandingkan di Barcelona 1992.

najib-badminton-olimpik-twitter

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi ini turut menyampaikan ucapan tahniah kepada beregu badminton campuran negara  menerusi laman Twitter miliknya.

Pada perlawanan akhir nanti, Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir yang dijadual berlangsung Rabu ini.

Gandingan Indonesia itu menempah tiket ke final selepas menjinakkan pilihan utama, Zhang Nan-Zhao Yunlei, 21-16, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ahad, 17 Julai 2016

Khairul Idham Pawi GP German

KUALA LUMPUR : Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi sekali lagi mencipta sejarah apabila meraih kemenangan podium pada perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring, Ahad.

Ini merupakan kemenangan kedua pelumba berusia 17 tahun yang mewakili Honda Team Asia itu selepas kejayaan di GP Argentina pada April lepas.

Beraksi di litar basah akibat hujan sebelum perlumbaan, jelas memberi kelebihan buat Khairul Idham, yang lebih dikenali sebagai Super KIP yang bermula dari petak ke-20, apabila pantas memintas pelumba lain sehingga berada di kedudukan ketujuh sebaik bermula.

Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu membuktikan beliau memang 'Raja Litar Basah' apabila terus memimpin perlumbaan sehingga tamat dengan catatan masa 47 minit 07.763 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pelumba dari Itali, Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing.

"Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan saya yang sentiasa berusaha keras untuk saya.

"Ia adalah perlumbaan yang sukar dan banyak yang berlaku sewaktu perlumbaan tadi. Mulanya saya terlalu mendesak jentera saya sebelum sedar perlu lebih bertenang dan cuba mengawal keadaan.

"Saya harap keluarga saya, rakan dan peminat akan bergembira dan menikmati kemenangan ini," katanya.

Kemenangan pada Ahad membolehkan Khairul Idham kini berada di tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpulkan 54 mata. Pelumba Afrika Selatan Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo masih mendahului dengan 159 mata. - Bernama

Jumaat, 27 Mei 2016

Jose-Mourinho-Man-Utd

LONDON : Manchester United hari ini mengumumkan pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus baharu kelab itu.

Pengurus Portugal berusia 53 tahun itu menggantikan Louis van Gaal yang ditamatkan khidmatnya selama dua tahun, Isnin lalu, dua hari selepas mendakap kejuaraan Piala FA.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Mourinho yang digelar 'Special One' mengikat kontrak selama setahun namun diberi pilihan untuk terus bersama kelab itu untuk tempoh sehingga tahun 2020.

Mourinho sebelum ini pernah dipecat oleh Chelsea pada Disember tahun lalu. Sebelum ini dia pernah membimbing Porto, Inter Milan dan Real Madrid.

"Untuk menjadi pengurus Manchester United adalah satu penghormatan istimewa. Ia sebuah kelab yang ternama dan dipuja seluruh dunia," kata Mourinho. - Reuters

Selasa, 24 Mei 2016

van-gaal-dipecat

Kejayaan Manchester United menjulang piala FA selepas 12 tahun mengharap kemenangan itu tidak dapat menyelamatkan karier Louis Van Gaal selaku pengurus kelab apabila dipecat dua hari lalu.

Menurut laporan media sukan antarabangsa, kekosongan jawatan tersebut hampir pasti akan diisi oleh bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho namun belum ada pengesahan rasmi daripada United.

Memetik laporan BBC, pelantikan Mourinho dijangka akan disahkan selepas beliau bertemu dengan pegawai United.

Van Gaal yang berusia 64 tahun ditamatkan khidmatnya bersama Manchester selepas bersama kelab itu selama dua tahun daripada tiga tahun kontraknya.

Sepanjang tugasnya di Old Trafford, Van Gaal telah diberi 250 juta pound (RM1.2 bilion) menguruskan kelab bagi memastikan mereka kembali ke saingan Eropah.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Van Gaal telah diberi tawaran untuk meletak jawatan sebanyak dua kali ketika aksi sukar kelab dalam kempen liga baru-baru ini.

Selasa, 10 Mei 2016

tmj-fam-rasuah

JOHOR BAHRU : Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya tegas dengan pendirianya dan tidak terlalu memberi muka kepada bekas pemain yang pernah terbabit dengan isu rasuah.

Menurut Tunku Ismail, mutu bola sepak negara hari ini sedang dalam proses perubahan dan menuju ke kancah kegemilangan namun tindakan terbaru FAM itu seolah-olah membenarkan gejala rasuah kembali menjadi barah dalam sukan ini.

Tambah beliau, sekiranya ia tidak kawal dan tiada tindakan tegas diambil, dikhuatiri pemain tidak lagi merasa takut untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana yakin tindakan tersebut akan dapat pengampunan suatu masa nanti.

Tunku Ismail turut mempersoal samada FAM sudah bersedia serta mengambil kira kesan jangkamasa panjang terhadap mutu bola sepak tanah air kerana sekiranya gejala rasuah dianggap mudah untuk diberi pengampunan.

Soalnya lagi, bagaimana isu ini dapat memberi pengajaran kepada pemain generasi baru sekiranya pihak FAM sendiri tidak bergitu tegas dengan tindakanya dalam usaha memerangi gejala rasuah yang boleh menghancurkan masa depan bola sepak negara.

Jelas beliau lagi, pemain yang terjebak dengan rasuah akan memburukkan keadaan dan tiada sebarang kata-kata dapat dikatakan sekiranya ia diamalkan secara terbuka.

Baru-baru ini, FAM dilapor telah memberi pengampunan kepada 84 bekas pemain yang pernah digantung berikutan skandal rasuah 1994 dan tindakan tersebut turut disambut baik Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (Kefa).

Isnin, 25 April 2016

tmj-ac-milan-jdt

JOHOR BAHRU : Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi kenyataanya di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) manafikan bahawa beliau akan membeli kelab Serie A Itali, AC Milan seperti dilaporkan sebelum ini.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli kelab bola sepak ternama dari Eropah itu.

"Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. Saya hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja," ujar beliau.

Menyentuh soal kenyataannya kepada akhbar Singapura itu, Tengku Mahkota Johor ini berkata, beliau memang mempunyai keinginan itu namun ia hanya satu impian.

"Baru-baru ini saya telah ditemu ramah oleh The Straits Times mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum. Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab luar negara.

"Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya.

Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. Ia cuma sebuah kelab yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja," katanya.

Menurut Tunku Ismail, beliau hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar.

Ahad, 24 April 2016

tmj-ac-milan

JOHOR BAHRU : Pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan sedang merancang untuk membeli kelab Serie A Itali, AC Milan.

Menurut beliau, rancangan untuk membeli kelab bola sepak dari Itali itu kini sedang dalam peringkat kajian dan keputusan samada membeli atau tidak kelab tersebut masih belum di muktamadkan lagi.

Bagaimanapun, Tunku Ismail juga membayangkan sekiranya beliau ingin membeli sebuah kelab bola sepak dari Eropah, AC Milan menjadi pilihan utamanya kerana beliau amat meminanti kelab  tersebut sejak dari kecil lagi.

Ketika ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa Inggris, Tengku Mahkota Johor itu menyatakan hasrat mahu pergi lebih jauh dalam dunia bola sepak selain dari tumpuan meperkasakan JDT sebagai pasukan yang digeruni di arena bola sepak Asia.

Beliau turut berharap, kedua-dua pasukan akan bekerjasama pada masa akan datang sekiranya perjanjian dilakukan.

"kita amat berharap dapat menghubungkan Milan dan JDT pada masa akan datang. Siapa tahu..."

"Dan ia akan menjadi kolaborasi secara langsung, bukan sekadar kolaborasi kecil. Ia akan dilakukan secara langsung." ujar beliau.

AC Milan dimiliki oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang memberi isyarat untuk menjual kelab berkenaan.

Sabtu, 23 April 2016

Wayne-Rooney-Welth

MANCHESTER : Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney disenaraikan sebagai atlet lelaki muda paling kaya di Britain oleh Sunday Time menerusi keluaran pada Jumaat.

Pemain England dan Manchester United berusia 30 tahun itu mengumpul kekayaan sebanyak £82 juta untuk menjadikannya atlet di bawah umur 30 tahun paling kaya.

Kekayaan Rooney dikumpul melalui gajinya di United yang bernilai £300,000 seminggu - pemain yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Rooney juga menjadi duta dan model kepada banyak produk seperti Nike dan Samsung.

Dua beradik yang merupakan bintang tenis Britain iaitu Andy dan Jamie Murray berada di kedudukan kedua dengan kekayaan sebanyak £58 juta.

Di kedudukan ketiga ialah pemain golf, Rory Mcllroy manakala Gareth Bale, Sergio Aguero dan David Silva mengisi tempat keempat hingga keenam.

Rabu, 13 April 2016

tmj-debat-fam

JOHOR BAHRU : Penat dan bosan melayan karenah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan wakil FAM, Datuk Ong Kim Swee untuk berbahas mengenai kemerosotan pasukan bola sepak tanah air.

Selain itu, Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia B Sathianathan turut dicabar berada di pentas yang sama jika mereka berani.

Tunku Ismail turut menggesa Astro untuk mengadakan siaran langsung di televisyen tentang sesi perbahasan itu bagi membicarakan tentang prestasi buruk pasukan bola sepak kebangsaan serta tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan selepas ini.

Sekiranya program debat ini menjadi kenyataan, TMJ turut mahu penyokong bolas sepak negara diberi peluang menyuarakan pendapat  dan bertanyakan apa sahaja soalan mengenai isu bola sepak negara.

Sebelum ini, Tunku Ismail dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan daripada Khairy yang mengatakan bahawa pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata pihaknya bersetuju pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti namun dalam hal ini mereka tidak sewajarnya disalahkan.

Ahad, 10 April 2016

farah-ann-abdul-hadi

KUALA LUMPUR : Atlet gimnastik wanita kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi berjaya memenangi pingat perak kategori palang bertingkat dalam Kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Ljubljana, Slovenia, awal pagi semalam.

Farah yang pernah dikecam gara-gara mengenakan pakai sukan terlalu ketat sehingga menonjolkan bahagian sulitnya, berjaya mengumpul 13,100 mata, hanya dibezakan dengan 50 mata di belakang gimnas tuan rumah Ivana Kamnikar yang merangkul emas.

Manakala, pingat gangsa pula dimenangi Teja Belak juga dari Slovenia dengan 12,900 mata.

Kejohanan Piala Dunia itu berlangsung bagi persediaan menjelang Kejohanan Ujian sempena Sukan Olimpik di Rio pada 16-18 April ini.

Rabu, 6 April 2016

harimau-selatan-ligaS

LARKIN : Harapan pasukan Perak ingin menjadi pasukan pertama menewaskan Juara Liga Super 2015, Johor Darul Tak'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin pada saingan Liga Super musim ini tidak kesampaian selepas tersungkur 2-1 pada pertemuan malam Selasa di sini.

Pada awal separuh masa pertama, Harimau Selatan yang ketinggalan 1-0 bangkit membuat kejutan terhadap pasukan Tok Gajah menerusi beberapa gerakan merbahaya sehingga berjaya mengkucarkacirkan pertahanan lawan.

Minit-minit awal permainan, pasukan Harimau Selatan dilihat seperti hilang fokus apabila dua perancang utama gagal menukar rentak perlawanan selepas diikat ketat oleh pertahanan pelawat.

Gawang JDT berjaya dirobek setelah cubaan luar kotak sayap kiri Perak, Elias Fernandes De Oliviera pada minit ke 18 gagal diselamatkan Farizal Marlias.

Tersentak dengan gol berkenaan, JDT cuba merapatkan jurang dengan melancarkan beberapa serangan merbahaya namun gagal mencari mata penyamaan sehingga tamat separuh masa pertama.

Pertarungan separuh masa kedua, menyaksikan JDT mula menemui rentak permainan, apabila penyerang import, Juan Martin Lucero berjaya menyempurnakan penalti yang diberi pengadil selepas dia dikasari kapten The Boss Gaurus, Thiago Junio De Aquino pada minit ke 47.

Lucero sekali lagi mencuri tumpuan 20,357 penonton yang hadir di stadium apabila membantu tuan rumah menemui gol kedua pasukan menerusi kelincahan gerakan individunya pada minit ke-52.

Keputusan kekal 2-1 hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan JDT merampas kembali takhta Liga Super dengan kelebihan satu mata di atas Felda United.

Isnin, 4 April 2016

2016-Moto3-Honda-Team-Asia-Khairul-Idham-Pawi

KUALA LUMPUR : Dunia sukan pemotoran negara hari ini dikejutkan dengan kejayaan Khairul Idham Pawi merangkul trofi juara Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Argentina awal pagi Isnin.

Khairul, berusia 17 tahun yang mewakili Honda muncul pelumba pertama negara menaiki podium kejuaraan motosikal dunia selepas mendominasi saingan perlumbaan itu.

Menurut beliau, keadaan jentera yang sangat mantap dan kerjasama dari rakan sepasukan  telah memberi semangat serta keyakinan untuk terus bersaing sehingga ke garisan penamat.

“Saya sangat gembira dengan kejuaraan kali pertama ini.

“Saya mencuba yang terbaik dan kekal fokus untuk terus mendahului pelumba-pelumba lain.

“Keadaan jentera yang sangat memuaskan telah memberi saya keyakinan untuk terus bersaing,” jelas Khairul Idham kepada motoGP.com selepas perlumbaan.

Biarpun deadaan trek perlumbaan yang basah, ia tidak menjadi halangan kepada beliau untuk terus memecut meninggalkan rakan sepasukan Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba Afrika Selatan mewakili pasukan KTM, Brad Binder denga kelebihan  masa 26 saat.

Pelumba pasukan Honda Team Asia itu yang bermula di petak ketujuh, mempamer aksi tunggangan bergaya dan dan berjaya memukau penonton apabila mendominasi saingan sejak awal perlumbaan.

Sementara itu, Niccolo Antonelli dari pasukan Ongetta-Rivacold yang kini mendahului kedudukan keseluruhan pelumba, hanya menamatkan saingan di tempat ke-10, kelebihan tiga saat di atas seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) yang berada di tempat kesebelas.

Manakala rakan sepasukan dari Johor, Adam Norrodin yang berada dikedudukan kedua disaat akhir perlumbaan terbabit dengan kemalangan namun beliau bernasib baik kerana berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok sepuluh terbaik.

Ahad, 24 Januari 2016

jdt-sport-city.jpg

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim dalam satu kenyataan kepada media pada Sabtu mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan sebuah penempatan berorentasikan sukan dengan nama Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebidang tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim.

Bernama melaporkan, bandar sukan yang bakal dibangunkan itu akan menjadi pusat sukan di mana akan ada tempat untuk semua jenis sukan di bawah nama JDT.

Tambah Ismail, terdapat juga kemudahan-kemudahan lain disediakan seperti Hotel JDT, Apartment JDT dan Pusat Membeli-belah JDT.

Menerusi satu entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, Ismail turut memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim turut berkenaan memberikan sejumlah dana kepada pasukan JDT untuk membiayai pembinaan stadium baru.

Bagaimanapun, Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor tidak menyatakan jumlah dana yang bakal disumbangkan.

Ismail berkata, walaupun ramai pihak yang mengkritik usaha pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk membangunkan pasukan JDT menjadi antara kelab yang disegani di Asia, usaha baginda kini mendatangkan hasil lumayan kepada pasukan selatan tanah air itu.

Pada 10 Januari lepas, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan memberikan dana sejumlah RM50 juta kepada JDT kerana gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan 'Bangsa Johor' serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.

Ahad, 10 Januari 2016

sultan-johor-jdt

BERNAMA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menurut laman Facebook rasmi pasukan JDT, JOHOR Southern Tigers, hari ini, Sultan Johor berkenan memberi kurniaan itu kerana baginda berasa gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.

"Selain keprihatinan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, dalam pembangunan negeri Johor, amal kebajikan, zakat dan waqaf, serta yayasan-yayasan yang dinaungi, baginda berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim," menurut laman berkenaan.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab bola sepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor atas kurniaan kepada JDT, menurut laman itu lagi.

Sebagai rekod, JDT meraih tiga piala kemenangan musim lepas selepas merangkul Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Liga Super dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kejayaan cemerlang tersebut menyaksikan JDT membolot lapan daripada 17 anugerah pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, pada Disember lepas, termasuk anugerah khas kejayaan mereka menjadi wakil pertama Malaysia muncul juara Piala AFC sejak diperkenalkan pada 2004.

Ahad, 3 Januari 2016

vida-qu-puteh-trw

Bagai tiada pilihan untuk keluar dari kemelut keewangan yang melanda, akhirnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat yang ditetapkan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida.

Ketika dihubungi pemberita, Dr Vida berkata persetujuan mengenai syarat tersebut dimaklumkan sendiri Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi aplikasi WhatsApp pada pagi Sabtu.

"Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat itu," katanya.

Bagaimanapun, Dr Vida menjelaskan bahawa tidak akan mendedahkan  maklumat terperinci mengenai perjanjian tajaan itu sehingga pihak Kafa mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai kritikan penyokong The Red Warrior mengenai syarat tersebut, Dr Vida bagaimanapun enggan cepat melatah.

Katanya, kritikan yang dilempar oleh penyokong The Red Warrior itu sedikit pun tidak memberi kesan kerana itu adalah perkara biasa yang pernah dialaminya sebelum ini.

Namun, tegas beliau syarat yang ditetapkan itu adalah bertujuan untuk mengubah wajah pasukan Kelantan agar nampak lebih 'segar' dan mencetuskan fenomena baru dalam industri sukan di negara ini.

Pada Jumaat, Dr Vida menetapkan dua syarat sebelum bersedia menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.

Dua syarat tersebut melibatkan perubahan kepada warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu, manakala nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Ahad, 29 November 2015

jdt-felda-utd

Kekalahan 2-1 di tangan Felda United dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di laman sendiri semalam membuatkan juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa melupakan hasratnya untuk menambah koleksi trofi kejuaraan musim ini.

Kemenangan bergaya Felda United ini juga turut memberi tamparan hebat kepada JDT apabila rekod tanpa kalah di laman sendiri yang dipertahan selama ini berjaya dirobek oleh pasukan pelawat.

Menerusi kekalahan ini sekali gus menyaksikan JDT terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada kempen kali ini apabila disingkirkan 3-2 secara agregat kepada FELDA selepas pertembungan pertama pada Selasa lalu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Gol pertama perlawanan hadir seawal minit ketiga menerusi jaringan  penalti Felda United hasil tendangan pemain import, Thiago Augusto Fernandes.

Felda United dianugerahkan penalti selepas bola daripada sepakan sudut Christie Jayaseelan terkena tangan Hariss Harun di dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan tuan rumah pantas menggandakan asakan untuk mencari mata kemenangan. Namun, persembahan cemerlang penjaga gol pelawat, Farizal Harun berjaya menghampakan beberapa peluang terbaik JDT.

Setelah berusaha keras, gol yang dicari-cari JDT akhirnya muncul pada minit ke-50 hasil rembatan leret Safiq Rahim menerjah gawang Felda United.

Begaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila gol kedua yang juga gol kemenangan hasil gerakan cantik Zah Rahan Krangar berjaya membolosi pertahanan JDT  pada minit ke-76.

Selasa, 6 Oktober 2015

Ultras Malaya Fam

Ultras Malaya pastinya antara kumpulan penyokong bolasepak tanah air yang paling gembira hari ini apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diarah untuk membayar denda kira-kira RM180,000 ekoran kekecohan yang berlaku semasa bertemu Arab Saudi pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam, pada 8 September lepas.

Selain dikenakan denda dan mata kemenangan 3-0 diberi kepada Arab Saudi, FAM juga dimaklumkan bahawa perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di laman sendiri pada 17 November  ini diadakan di dalam stadium tanpa penonton.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi FIFA, Jawatankuasa Disiplin badan induk itu turut memberikan surat amaran kepada FAM berikutan kekacauan penonton yang serius.

Dalam surat kenyataan itu juga menyebut, FAM didapati bertanggungjawab atas kelakukan penyokong mereka kerana melanggar artikel 6 perenggan 5 Peraturan Piala Dunia Rusia FIFA, artikel 56, artikel 65, 67 perenggan 1 dan artikel 67 perenggan 3 Kod Disiplin FIFA, serta artikel 4 perenggan 2, artikel 29 perenggan 1 (b) dan artikel 2 Annexe C Peraturan Keselamatan Stadium FIFA.

Keputusan yang diambil FIFA itu dibuat selepas menganalisis semua keadaan, khususnya laporan pegawai perlawanan, kedudukan FAM serta rakaman video dan gambar berkaitan serta tahap keseriusan insiden berkenaan.

Ahad, 23 Ogos 2015

JDT-Juara-Liga-Super-2015

Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan Piala Liga Super walaupun kalah mengejut 2-1 kepada Felda United pada aksi terakhir liga musim 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, Sabtu malam.

Kejayaan skuad Harimau Selatan mempertahankan mahkota Liga Super yang dimenangi buat pertama kali tahun lepas, turut dibantu kekalahan seteru utama, Pahang yang tewas 3-1 kepada Terengganu di tempat lawan.

Selaku juara, JDT membawa pulang wang tunai berjumlah RM750,000 dan Piala Liga Super yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim kepada kapten pasukan, Safiq Rahim.

Penaung Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri baginda, Che Puan Khaleeda Bustamam turut berkenan berangkat menyaksikan perlawanan berkenaan.

Kejayaan muncul juara Liga Super 2015 turut membolehkan JDT layak selaku wakil Malaysia ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016.

Pada aksi Sabtu malam, Felda united selesa mendahului 2-0 hasil jaringan Shahril Mohd Saad pada minit keempat dan sepakan penalti oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-11 sebelum JDT bangkit mengurangkan defisit jaringan hasil sepakan penalti oleh Luciano Figueroa pada minit ke-34.

Terdahulu, JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanannya, Junior Eldstal dilayangkan kad merah oleh pengadil Samsudin Ibrahim pada minit kesembilan kerana dikatakan membantah keputusan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

Sumber

Jumaat, 7 Ogos 2015

adidas-man-utd

Jualan jersi baharu Manchester United keluaran Adidas melakar rekod baru apabila laris dijual termasuk di Megastore Old Trafford.

Ketua Eksekutif syarikat pengeluar barangan sukan dari Jerman itu, Herbert Hainer mendedahkan perkara mengejutkan itu ketika persidangan bagi mengumumkan keputusan Q2 dalam bursa saham.

Adidas menandatangani kontrak untuk menaja United selama 10 tahun dengan nilai tajaan sebanyak £750 juta bermula musim ini.

Kit baharu itu dilancarkan pada 1 Ogos lalu selepas kontrak tajaan United dengan Nike tamat pada Julai.

unitedjersy-adidas

"Pada Sabtu lalu kami bertemu dengan Manchester United, salah sebuah kelab terkenal dan berjaya di dunia untuk melancarkan jersi baru mereka.

"Sambutan awal yang kami terima benar-benar mengejutkan kelab itu dan kami sebagai pemilik jenama.

"Megastore di Old Trafford juga melakar rekod jualan bukan hari perlawanan, 50 peratus lebih tinggi daripada rekod sebelum ini," jelas Hainer.

Menurutnya, jualan di tempat-tempat lain juga meningkat hampir empat kali ganda daripada berbanding selepas pelancaran jersi United sebelum ini.

Sumber