Terkini
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2016

kanye-west-kim-kardashian-divorce-2

Rumah tangga pasangan Kim Kardashian dan Kanye West dilaporkan goyah disebabkan beberapa episod hitam yang melanda keluarga mereka sejak kebelakangan ini.

Daily Mail melaporkan bintang realiti berusia 35 tahun itu dikhabarkan sudah tidak tahan untuk meneruskan perkahwinan bersama Kanye dan merancang untuk bercerai.

Malah sumber turut mendedahkan situasi rumah tangga pasangan itu berada dalam keadaan tegang dan Kim akan memastikan hak penjagaan dua anak mereka iaitu North dan Saint berpihak kepadanya.

"Kim berasa terperangkap dalam perkahwinan tersebut dan perkara buruk yang menimpa keluarga mereka," kata sumber.

Dalam pada itu, Kanye yang dimasukkan ke hospital selama 10 hari pada bulan lalu akibat gangguan mental dikatakan penyebab Kim tidak lagi tahan dengan suaminya itu.

"Kim terpaksa berhadapan dengan masalah kesihatan suaminya yang mengalami tekanan perasaan dan ditambah dengan masalah lain Kim tidak lagi gembira dengan perkahwinannya," kata sumber lagi.

Kim juga dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kanye di kediaman mewah mereka di Bel-Air sebaliknya menyewa sebuah rumah di Los Angeles.

Bagaimanapun pasangan itu masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

MStar

Ahad, 26 Jun 2016

Taylor-Swift-Calvin

KOMPSER dan juga DJ terkenal, Calvin Harris mendakwa bekas teman wanitanya, Taylor Swift telah mengawal media berhubung berita perpisahan mereka baru-baru ini.

Calvin, 32, yang menjawab soalan peminat menerusi Instagram berkata, Taylor berjaya memanipulasi keadaan malah banyak perkara yang berlaku langsung tidak diketahuinya.

"Saya tidak tahu apa sedang berlaku kerana ia berbeza dan lebih teruk daripada prespektif saya.

"Dia berjaya mengawal media dan melakukannya dengan baik," katanya.

Calvin bagaimanapun telah memadam jawapan tersebut yang dibuat kepada peminat, lapor Mirror.

Dalam pada itu, Calvin menjelaskan dia langsung tidak berasa cemburu apabila Taylor kini dikatakan bercinta dengan aktor Tom Hiddleston seminggu selepas mereka berpisah.

Kata Calvin, dia cuma berasa terkesan dengan sikap Taylor yang senang melupakan apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini dan kini mempunyai kekasih baharu.

"Tidak saya tidak cemburu," katanya ringkas.

Taylor, 26, baru-baru ini dilihat bercium sambil memegang tangan Tom ketika bersiar-siar di Watch Hill, Rhode Island seminggu selepas mengumumkan berpisah dengan Calvin.

Selasa, 14 Jun 2016

ameng-spring-kluang

KLUANG : Setelah hampir lima tahun meringkuk dalam penjara, Vokalis kumpulan Spring, Ameng akhirnya dibebaskan hari ini pada jam 10 pagi tadi.

Menurut sumber Jabatan Penjara, pembebasan itu bergantung jika tiada apa-apa perintah yang menghalangnya oleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa.

'Kami yakin dan percaya Ameng mampu memperbaiki dan melengkap dirinya untuk menjadi seorang isan yang berguna,' kata sumber itu lagi.

Tambah sumber itu, Ameng telah mengikuti semua program latihan, pemulihan serta patuh terhadap disiplin penjara semasa menjalani pemulihan di Penjara Kluang, Johor.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan dadah.

Bagaimanapun hukuman itu dipendekkan atas disiplin dan contoh terbaik yang ditunjukkannya.

Rabu, 20 April 2016

Park-Min-Young-Fake-Breast

Aktres wanita terkenal Korea, Park Min Young kembali menjadi mangsa kecaman netizen apabila sebuah foto percutiannya di sebuah pantai tersebar.

Dalam foto berkenaan bahagian dadanya terlihat jelas sehingga membuatkan netizen beranggapan dia melakukan pembedahan plastik pada payudara.

Rata-rata netizen berpendapat payudara milik pelakon berusia 30 tahun itu kelihatan seperti palsu.

Pelakon drama Dr Jin itu pernah terkait dengan kontroversi melakukan pembedahan plastik pada wajah dan tidak mustahil dia turut melakukan perkara yang sama pada payudara.

"Payudaranya nampak mencurigakan dan seperti sudah melakukan pembedahan plastik. Hidupnya benar-benar berubah dan kecantikan bersandarkan kepada pembedahan plastik semata-mata," ujar netizen.

Park-Min-Young-Beach

Ahad, 10 April 2016

Angelina-Jolie-Brad-Pitt

Hubungan rumah tangga pasangan selebriti Hollywood iaitu Brad Pitt dan Angelina Jolie dilaporkan goyang sekali lagi apabila Brad dituduh mempunyai anak dengan wanita lain.

Seperti dipetik Aceshowbiz, Angelina dikhabarkan meminta suaminya untuk melakukan ujian DNA selepas seorang penyanyi rock Amerika bernama Melissa Etheridge mendakwa Brad sebagai ayah kepada bayi yang dilahirkannya.

Melissa yang dikenali sebagai pengamal hubungan sejenis telah menerima sperma daripada Brad Pitt untuk program bayi tabung ujinya.

Menerusi program itu, Melissa dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bailey dan Beckett yang sedang menginjak dewasa.

Menurut sumber terdekat, Angelina tidak berpuas hati dengan kenyataan penyanyi itu bahawa mendapat sprema daripada suaminya untuk program tabung uji itu.

"Angelina sangat terkesan dengan khabar angin itu dan meminta Brad untuk segera membuat ujian DNA, Brad menganggap isterinya itu tertalu paranoid," ujarnya.

Rabu, 23 Mac 2016

syamsul-filem-munafik

KUALA LUMPUR : Setelah 26 hari ditayangkan di pawagam seluruh tanah air, filem Munafik arahan Syamsul Yusof telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM17 juta sejak filem tersebut mula ditanyangkan pada akhir Febuari lalu.

Syamsul yang juga seorang filem terkenal tidak menyangka filem arahanya itu telah berjaya memecah rekod perfileman Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Dengan izin ALLAH ,filem kerdil ku, Munafik telah pecah rekod perfileman Malaysia, Singapore, Brunei.

“Alhamdulillah. Masih hangat di pawagam sekarang. Ada lagi dua minggu di pawagam,” katanya menerusi status laman sosial Facebook miliknya.

Menurut Syamsul, jauh di sudut hatinya untuk melihat filem islamik dakwah dilihat sebagai antara filem yang berjaya di negara ini.

Filem Munafik yang juga filem ke-39 terbitan Skop Productions mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam, yang tidak dapat menerima hakikat apabila isterinya meninggal dunia.

Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.

Antara pelakon yang turut membintangi filem ini ialah Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A Galak dan Syamsul sendiri.

Isnin, 1 Februari 2016

afiq-Miera Leyana-bercinta

Tidak mahu dianggap sebagai penipu, Afiq Muiz selaku pelakon lelaki yang sedang meningkat naik hari ini membuat pengakuan terbuka kepada media bahawa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres seksi Miera Leyana.

Afiq atau nama sebenar, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 24, berkata, dia mula intim dengan pelakon wanita itu ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya yang ditayangkan di Astro tahun lalu.

Berkata kepada sebuah portal berita tempatan, Afiq menjelaskan bahawa dia tidak mahu orang lain berprasangka yang bukan-bukan mengenai status hubungan cintanya dengan pelakon wanita tersebut.

"Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi" ujarnya.

Afiq berkata demikian bagi mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang menganggap kenyataannya bercinta dengan Miera Leyana bercanggah apabila dinafikan oleh aktres berkenaan.

Dalam pada itu, Afiq berkata, dia tidak berkecil hati dan menghormati keputusan pelakon wanita berkenaan untuk terus menafikan hubungan istimewa tersebut.

Ketikan menjawab pertanyaan wartawan mengenai rancangannya pada masa hadapan, Afiq menjelaskan bahawa mereka berdua tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan percintaanya ke peringkat seterusnya.

Afiq yang pernah dikaitkan dengan Eina Azman dilaporkan sedang berehat selama sebulan dan akan memulakan pengambaran drama Mr Bos untuk TV3 pada bulan Mac depan.

Isnin, 21 Disember 2015

aishah-demo-bersih

Gara-gara menyertai parti politik Pembangkang dan vokal mengutuk Kerajaan, penyanyi Aishah yang pernah popular dengan lagu berjudul Janji Manismu kini mengimpikan hasrat untuk muncul  semula di mana-mana pentas hiburan.

Bagaimanapun, hasrat penyanyi tersebut untuk menyanyi semula dilihat sukar direalisasikan kerana buat masa ini tiada pihak berani dan mahu menjemputnya ekoran penglibatan dia dalam kancah politik sebelum ini.

Menerusi satu temubual dengan wartawan hiburan tempatan, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 50, berharap persepsi terhadapnya segera dihapuskan selain meminta semua pihak tidak mencampur-adukkan kariernya sebagai penyanyi dan penglibatannya dalam politik.

"Secara jujurnya saya tidak pernah bersara tetapi dalam situasi tertentu saya dipinggirkan hanya kerana saya ada pendirian dalam politik.

"Saya tidak faham kenapa dua perkara itu perlu disatukan sedangkan saya sendiri tidak pernah mencampurkan hal berkenaan dan masih aktif sebagai penyanyi.

"Sudah tentu saya rindu untuk menyanyi di pentas kerana itu adalah cinta saya tetapi kerana label yang telah diletakkan kemunculan saya itu terhad dan berharap pendirian saya bukan penghalang untuk bergerak aktif dalam bidang seni," katanya.

Aishah ditemui ketika hadir pada majlis sambutan ulang tahun majalah hiburan URTV ke-45 tahun di Saloma Bistro di sini.

Dalam perkembangan lain, Aishah berkata, dia kini lebih banyak mengadakan persembahan tertutup dan korporat selain sedang merancang untuk tampil dengan single terbaharu khas buat peminatnya.

Ahad, 20 Disember 2015

marsha-milan-londoh-kahwin

Pasti ramai lelaki bujang mahu pun sudah berumah tangga akan menggigit jari apabila mendengar khabar berita pelakon dan penyayi jelita, Marsha Milan Londoh, 30 bakal menamatkan zaman bujangnya pada Januari tahun depan.

Menurut laporan akhbar berita tempatan, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia itu dan pasangannya, Mohamed Shaiful Nizam, akan diraikan dalam majlis persandingan pada 8 Januari tahun depan.

Marsha dalam satu kenyataan turut mengesahkan khabar angin yang tersebar mengenai perkahwinanya.

"Ya memang benar saya akan berkahwin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan yang tersebar itu. Saya mohon agar semua mendoakan supaya majlis yang kami rancang kelak berjalan lancar," katanya.

Bagaimanapun, acara berkenaan akan dilangsungkan secara tertutup dan majlis resepsi pada tarikh terbabit di Hotel Majestic.

Sebelum ini, artis terbabit pernah dilaporkan menghadiri kursus perkahwinan, namun beliau menafikan cerita terbabit.

Isnin, 9 November 2015

Sharifah Haslinda - Datuk Seri Reezal

Bekas pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3, Sharifah Haslinda dan suaminya yang juga Timbalan Menteri Luar,  Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilaporkan akan bercerai dalam masa terdekat.

Sebutan dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi dekat sini kira-kira  pukul 3 petang Isnin.

Bagaimanapun, Haslinda atau lebih mesra dipanggil Lynn hanya mewakilkan peguamnya untuk prosiding kes penceraianya. Mahkamah telah menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Ketika dihubungi wartawan yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang gosip penceraianya, isteri kedua ahli parlimen Kepala Batas  itu seolah-olah cuba mengelak dengan alasan  tidak mengetahui mengenai kes berkenaan.

Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Reezal Merican pada 2005. Sepanjang perkahwinaya, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sabtu, 3 Oktober 2015

priyanka-chopra-hollywod

Macam kenal, itulah reaksi awal pelanggan siaran tv berbayar Astro saluran apabila melihat kelibat aktress jelita Bollywood, Priyanka Chopra muncul dalam drama bersiri terbaru di saluran AXN berjudul Quantico.

Bagi penggemar filem hidustan, perkembangan terbaru ini dilihat sebagai satu peluang terbaik buat Priyanka Chopra dalam usaha untuk mengembangkan karier lakonanya di persada Hollywood yang penuh glamer dan kemahsyuran.

Dalam drama bersiri itu, Priyanka diberi watak sebagai Alex Parrish iaitu seorang pelatih FBI bergandingan bersama Jake McLaughlin (Ryan), Aunjanue Ellis (Miranda), Yasmine Al Massri (Nimah), Johanna Braddy (Shelby), Tate Ellington (Simon) dan Graham Rogers (Caleb).
Bekas ratu cantik dunia berusia 33 tahun itu diberi tugasan berat di dalam siri ini yang mengisahkan dirinya bergelut dengan latihan kepolisan, perhubungan selain mempunyai kisah silam yang tersembunyi.

Quantico memaparkan penceritaan kehidupan polis pelatih FBI dari mata seorang pelatih wanitanya. Tiada seorang pun yang boleh dipercayai dan Quantico melancarkan pencarian dalaman mereka untuk mengenal pasti musuh dalam selimut.

Quantico padat dengan elemen keberanian dan patriotik namun diselebungi dengan

Isnin, 24 Ogos 2015

salma-hayek-wow

Aktres jelita lagi seksi, Salma Hayek menyifatkan pembedahan plastik dan suntikan botoks yang sering dilakukan oleh artis-artis Hollywood masa kini bukan caranya untuk kekal cantik dan menawan.

Sebaliknya, dia lebih senang mengamalkan minum air rebusan tulang lembu untuk mendapatkan kecantikan yang lebih asli.

"Sekarang ini saya membuat sesuatu benda yang sangat menyeronokkan iaitu membuat air rebusan tulang lembu.

"Saya satukan tulang-tulang lembu dalam periuk dan memasaknya dalam tempoh masa yang lama.

"Ia penuh dengan lemak dan gelatin, bagus untuk kesihatan dan membuatkan kita lebih awet muda," katanya kepada portal people.com.

Selain itu aktres itu juga menjalani ruti bersenam setiap pagi untuk kekal cergas.

Rabu, 19 Ogos 2015

Kylie-Jenner-Kardashian

Adik kepada Kim Kardashian yang juga seorang bintang realiti, Kylie Jenner ditawarkan USD10 Juta (RM40 juta) oleh Vivid Entertainment untuk membintangi filem lucah bersama teman lelakinya, penyanyi rap Tyga.

TMZ melaporkan, pengarah urusan syarikat berkenaan, Steve Hirsh dalam satu kenyataan memberitahu ia bakal memberi keuntungan kepada Kylie sekaligus menaikkan namanya sebagai bintang terkenal seperti kakaknya, Kim Kardashian.

Jelas Steve lagi, Kylie mampu menjadi lebih hebat, terkenal dan popular dari kakanya sekiranya dia menerima tawaran lumayan tersebut.

"Lihat rakaman seks Kim dan Ray J, ia meletup dan terus meletakkan dia di antara selebriti terkenal dan ia akan memberi manfaat sama kepada Kylie," katanya.

Dalam pada itu, terdapat beberapa lagi syarikat filem lucah lain turut membuat tawaran sama kepada Kylie malah ada yang ingin mengambilnya sebagai duta produk mereka.

"Dia baharu sahaja berusia 18 tahun dan kami memberi peluang ini kepadanya," ujarnya.

Kylie bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap tawaran diberikan kepadanya. Menurut laporan media hiburan tempatan, Kylie berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran itu setelah mendapat 'lampu hijau' dari ahli keluarga terdekat.

Isnin, 13 Julai 2015

siti-saleha-tudung

Pelakon Siti Saleha memberitahu dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau batas ketika melakonkan adegan intim dalam mana-mana drama lakonannya.

Siti Saleha, 25, berkata, apa yang dilakukannya ketika di lokasi penggambaran hanya sekadar lakonan semata-mata dan ia adalah seperti yang diminta pengarah.

Bercakap kepada wartawan, adik kepada Sam Bunkface itu menjelaskan bahawa apa yang terpapar dalam drama itu hanya lakonan semata-semata dan tidak berlaku apa-apa seperti yang dibanyangkan oleh penonton yang melihat cerita tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Siti Saleha turut berharap agar peminat faham akan tuntutan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan tidak mengkritiknya secara berlebihan.

Siti Saleha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang adegan berpelukan yang mendapat kritikan penonton kerana dianggap tidak lagi wajar.

Malah, dalam filem televisyen (FTV) Cinta Paling Agung lakonannya bersama pelakon Aaron Aziz turut mempunyai adegan berpelukan di atas katil ketika babak malam pertama perkahwinan mereka.

Filem tayangan Astro First Eksklusif itu bakal disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tetap menghormati pasangan gandingannya seperti Aaron sebagai seorang lelaki yang sudah beristeri.

Rabu, 8 Julai 2015

Shah-Rukh-Khan-Twitter

Barang siapa yang tidak mengenali Datuk Shah Rukh Khan maka dia bukanlah penghuni asal planet bumi ini. Itu lah komen berbentuk gurauan dari salah seorang peminat tegar aktor kacak Bollywood itu di laman sosial.

Memetik laporan mStar, populariti yang diperoleh Datuk Shah Rukh Khan di seluruh dunia membuatkan aktor Bollywood itu berjaya meraih 14 juta pengikut Twitter.

Menurut laporan Newkerala pula, Shah Rukh merupakan antara selebriti Bollywood yang mempunyai pengikut Twitter paling ramai di dunia.

Kata sumber itu lagi, walaupun beliau sudah lama bertapak dalam industri hiburan, namun sehingga kini dia masih lagi mempunyai peminat-peminat baru dan ini terbukti berdasarkan jumlah pengikutnya di laman sosial.

Gaya lakonan mantap serta memukau yang dipersebahkan melalui filem-filem yang pernah dibintanginya, telah membuatkan ramai kagum dengan bakat semulajadi yang dimiliki  aktor terkenal itu sejak mula mencipta nama dalam dunia Bollywood.

Sebelum bergiat aktif dalam bidang perfileman, Shah Rukh memulakan karier lakonanya menerusi pementasan teater dan drama seperti Fauji dan Circus.

Filem Dil Aashna Hai adalah filem pertama yang dibintangi Datuk Shah Rukh Khan, kemudian diikuti filem Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein dan banyak lagi.

Ahad, 5 Julai 2015

Bruce-Jenner-KluangToday

Kemunculan pemenang pingat emas Olimpik, Caitlyn Jenner di New York pada malam Isnin lalu menjadi perhatian peminat apabila muncul bersama pengawal peribadi yang kacak.

Majalah People melaporkan lelaki berbadan sasa itu sentiasa berada di sisi Caitlyn bagi memastikan dia tidak didekati peminat yang ingin bergambar dengannya.

"Jika dahulu Caitlyn tidak pernah mengupah pengawal peribadi ketika keluar rumah kini dia terpaksa berbuat demikian kerana perhatian daripada peminat dan paparazi cukup luar biasa sejak dia berubah menjadi wanita.

"Tetapi tidak sangka pengawal peribadinya juga turut menjadi perhatian dan semua tertanya-tanya mengenasi hal itu," kata sumber.

Caitlyn atau sebelum ini dikenali sebagai Bruce Jenner mengakui beliau adalah seorang transgender dan melakukan kejutan apabila mendedahkan dia mahu menjalani kehidupan sebagai wanita.

Sabtu, 4 Julai 2015

nora-danish-hijab

Artis sensasi wanita tanah air, Nora Danish dalam satu kenyataan kepada media ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Safi Rania Gold telah meluahkan hasratnya untuk berhijab penuh seperti yang dilakukan beberapa artis popular sebelum ini.

Namun, Nora belum memutuskan untuk berhijab dalam waktu terdekat kerana sedang dalam proses mensucikan hati dengan mendalami ilmu agama dan sedang membuat persediaan ke arah itu.

Jelas kekasih kepada Nedim Nazri itu lagi, biarlah keputusan berhijab itu dibuat dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak atau sekadar untuk berfesyen dan ikut-ikutan.

Ketikan ditanya wartawan berkeanaan reaksi kekasihnya terhadap perhubahan yang ingin dilakukan, Nora memberitahu bahawa Nedim tidak pernah memaksa atau menghalang  niatnya untuk berubah dengan mengambil keputusan untuk berhijab satu hari kelak.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata, sepanjang Ramadan ini, dia meluangkan sepenuh masa terhadap anaknya Putra Rayqal Ramli, 6, dan kafe Kopi & Xoxo miliknya di  Bangsar. Nora turut menzahirkan rasa seronok apabila dapat melatih anaknya menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Jumaat, 26 Jun 2015

Tasha-Shilla-Kluangtoday

Setelah sekian lama menyepi, Tasha Shilla hari ini mengambil jalan selamat dengan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung penyebaran gambar separuh telanjang yang dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.

Dalam satu kenyataanya kepada media ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Air Asia di sebuah hotel terkenal hari ini, memberi kepercayaan penuh kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.

Bagaimanapun, Tahsa enggan mengulas lanjut kandungan laporan polis yang dibuatnya pada 9 Jun lalu dan membiarkan pihak polis melakukan sisasatan memandangkan kontroversi tersebut sudah menjadi kes jenayah.

Menjawab pertanyaan wartawan kenapa dirinya menyepi dan mendiamkan diri selepas penyebaran gambar separuh yang didakwa miliknya itu menjadi viral, Tasha menjelaskan bahawa dirinya berhak untuk berdiam diri untuk menenangkan keadaan dan hatinya.

Dalam pada masa yang sama, Tasha mengakui sangat kecewa dengan kes berkenaan kerana kontroversi tersebut telah menjatuhkan maruahnya sebagai wanita namun tetap tabah menghadapi dugaan dan menganggap ia sebagai ujian Allah.

Sabtu, 24 Ogos 2013

FilemTandaPutera

Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan.  Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh.  DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.

Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP.  Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.

Malangnya, sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman.  Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.

Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja.  Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain.  Kita percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.

Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya.  Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka.

Soalnya, siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa?

Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini.  Biar betapa pahitpun kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara.  Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan.  Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin  berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.

DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei.  Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum.  Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia.

Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei.

Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum?

Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak?  Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?

Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini.

Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian.   Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan.  Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.

Sesungguhnya, keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa.  Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya.  Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan.   Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.

Ahad, 4 Ogos 2013

setia-hujung-nyawa-raya

PETALING JAYA: Drama siri popular Setia Hujung Nyawa yang berjaya mencetuskan fenomena bakal kembali dengan kesinambungan pada telefilem sempena raya Setia Hujung Nyawa Raya pada Hari Raya pertama ini.

Drama lakonan mantap Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Shah Iskandar ini mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain. El sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung.

Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas, Namun Zain hanya mampu bersabar biarpun dilayan seperti bibik.

Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur sahaja, pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif namun tidak berjaya.

Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain mengambil keputusan balik ke kampungnya.

Ketika berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisarah muncul dalam kehidupan mereka.

Zain sememangnya menyenangi perangai Maisarah yang kelakar sehingga membuatkan El cemburu dan mengurung diri di dalam bilik.

Jangan ketinggalan menyaksikan Sehingga HUjung Nyawa Raya pada malam pertama Raya, pukul 9.30 malam di TV3.

mStar