Terkini
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Ogos 2016

husband-cheating-stabbed

BEIJING : Geram kerana sering kali ditipu, seorang wanita mengambil keputusan menikam suaminya di sebuah jalan di negara berkenaan sambil disaksikan orang ramai.

Wanita itu dilaporkan bertindak mengheret suaminya di jalanan, sebelum mengeluarkan pisau dan manikamya bertubi-tubi sehingga darah membasahi jalan raya berkenaan.

Menurut akhbar tempatan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri namun tidak berjaya apabila kakinya tersadung lalu jatuh.



Orang ramai yang melihat dan cuba meleraikan pergaduhan tidak berani berbuat apa-apa setelah dimarahi dan diugut akan dicederakan oleh wanita itu.

Kejadian yang berjaya dirakam memperlihatkan lelaki itu merayu kepada isterinya, tetapi rayuan itu tidak diendahkan.

Namun, laporan tidak menyatakan secara jelas punca insiden itu, dan apa yang berlaku terhadap pasangan terbabit selepas insiden berkenaan.

Ahad, 31 Julai 2016

duterte-drug-war

MANILA : Bimbang dengan ancaman bunuh yang akan dikenakan menyebabkan kira-kira 60,000 orang penagih dadah di Filipina telah menyerah diri kepada kerajaan selepas Presidennya, Rodrigo Duterte membuat kenyetaan demikian bagi menghukum pengedar dan penagih dadah di negara berkenaan.

Duterte yang diberi gelaran sebagai ‘The Punisher’ telah memenangi pilihan raya pada Mei lalu dan beliau berjanji akan mengenakan tindakan undang-undang yang keras di atas semua kesalahan penyalahgunaan dadah.

"Keturunan ini telah memusnahkan anak-anak kita. Saya memberi amaran kepada anda semua agar jangan terlibat dalam penyalahgunaan dadah walaupun anda merupakan seorang anggota polis kerana saya benar-benar akan membunuh anda,” kata Duterte dalam ucapannya di ibu negara berkenaan.

Presiden Komunikasi Pejabat Setiausaha, Martin Andanar berkata, hampir 60,000 orang penagih telah menyerah diri kepada pihak berkuasa sejak kempen terhadap dadah dipergiatkan di bawah pentadbiran Duterte.

Menurut sumber Daily Mail, pihak berkuasa Filipina turut mengesahkan bahawa pihaknya telah membunuh lebih daripada 110 orang suspek sejak Duterte berkuasa manakala laporan berita tempatan menunjukkan bahawa angka berkenaan adalah sekitar 200 orang.

Beberapa akhbar tempatan negara berkenaan turut melaporkan, sekurang-kurangnya 43,000 orang pengedar dadah telah diadili dan 300 kilogram syabu juga berjaya dirampas.

Difahamkan, Duterte turut memberi amaran berhubung pertumpahan darah yang akan berlaku secara meluas sebagai sebahagian daripada perang kerajaan terhadap pengedaran dadah di negara berkenaan.

Memetik laporan akhbar South China Morning Post, semasa kempen pilihan raya yang lalu, Duterte turut berikrar bahawa sekitar 100,000 orang penagih bakal mati dan mayat mereka akan dibuang di Manila Bay untuk dijadikan makanan kepada ikan.

Selain itu, Duterte turut memberi jaminan kepada polis untuk melindungi mereka daripada ugutan oleh pengedar dadah di negara tersebut.

Isnin, 18 Julai 2016

Erdogan-Hukuman-Mati

ANKARA : Pembelot yang cuba melakukan rampasan kuasa kerajaan di Turki baru-baru ini mungkin akan dikenakan hukuman mati, tegas Tayyip Erdogan, pemimpin utama negara itu.

Erdogan berkata, perkara itu terlebih dahulu akan dibincangkan olehnya dan ahli parlimen di persidangan parlimen nanti.

Beliau yang kelihatan tenang dan tersenyum di hadapan penyokongnya di Istanbul berkata, cubaan rampasan kuasa itu dilakukan oleh minoriti pihak dalam tentera.

"Tentera adalah milik kita, saya ketua komander," katanya petik Reuters.

Pada jumaat lalu, segelintir pihak dalam tentera telah melakukan cubaan rampasan kuasa bermula jam 8 malam (1 pagi waktu Malaysia), di mana lebih 190 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 1,000 orang cedera, sementara lebih 2,800 anggota tentera ditangkap pihak berkuasa Turki.

Tinjauan yang dilakukan di media sosial mendapati mejoriti Netizen yang mengikuti perkembangan di Turki ini bersetuju dengan hukuman mati yang akan dikenakan terhadap individu atau kumpulan yang menjadi pengkhianat negara.

Sebahagianya berpendapat, kerajaan Malaysia perlu mengikuti jejak langkah Turki dalam usaha menangani ancaman pihak musuh samada dari dalam mahupun luar.

Sabtu, 23 April 2016

farook-fbi-iphone

WASHINGTON : Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membayar upah sebanyak AS$1 juta (RM3.9 juta) kepada sebuah syarikat untuk menggodam sebuah iPhone milik seorang pengganas.

Menurut laporan CNN, FBI sanggup membuat pembayaran berkenaan kerana telefon bimbit milik Syed Farook mempunyai maklumat berharga.

Syed Farook dan isteri, Tashfeen Malik ditembak mati oleh polis selepas membunuh seramai 14 orang awam di San Bernardino, Disember lepas.

"Bagaimanapun, pengarah FBI, James Comey berkata, agensi tersebut tidak akan mengamalkan cara 'membayar upah'.

"Kami akan cuba untuk tidak menggunakan khidmat luar lagi disebabkan kos tinggi," katanya.

Awal bulan ini, FBI mendakwa berjaya memperoleh 'peralatan khas' untuk menggodam ipHone berkenaan tetapi tidak mendedahkan hasil godam.

Selasa, 29 Mac 2016

imelda-marcos-jewel

MANILA : Pihak berkuasa Filipina mengadakan pameran barang kemas milik bekas diktator Ferdinand Marcos dan keluarganya secara dalam talian untuk mendidik generasi baru mengenai gejala rasuah era itu.

Entri di Facebook dan Twitter oleh Suruhanjaya Presiden Mengenai Kerajaan yang Baik (PCGG) itu dibuat ketika keluarganya cuba kembali semula ke arena politik dalam pilihan raya pada Mei.

"PCGG akan memuat naik entri barang perhiasan terpilih untuk dipamer dan mengingatkan generasi masa kini mengenai sikap keterlaluan dan boros keluarga Marcos sepanjang dua dekad pemerintahan diktator itu," kata agensi anti-rasuah di laman webnya.

"Pameran Barang Kemas Maya" itu bermula pada pertengahan Mac dengan mempamer barangan berharga yang ditemui selepas diktator itu digulingkan pemberontakan popular yang disokong tentera pada tahun 1986.

Marcos dan isterinya Imelda dituduh mengumpul kekayaan peribadi secara besar-besaran sepanjang pemerintahan sedangkan negara terus dibelenggu kemiskinan.

Ferdinand Marcos Jr, yang sebelum ini dilantik sebagai ahli Dewan Negara, kini bertanding untuk Naib Presiden.

Imelda Marcos pula mencuba dalam pemilihan semula Kongres manakala anak perempuan sulungnya Imee adalah gabenor di utara. - Agensi

Selasa, 22 Mac 2016

Brussels-Boombing

BRUSSELS : Sumber AFP melaporkan sekurang-kurangnya 20 maut manakala 55 lagi cedera dalam serangan di sebuah stesen transit bawah tanah di sini. Datuk Bandar Brussels, Yvan Mayeur mengesahkan perkara tersebut.

Sumber Reuters pula melaporkan seramai 34 orang maut manakala puluhan yang lain cedera di dalam kejadian letupan di Lapangan Terbang Brussels, Belgium dan stesen metro hari ini

Dalam dua kejadian malang yang meragut banyak nyawa itu berlaku pada waktu sesak ketika ratusan penumpang sedang menguruskan kemasukan mereka ke balai berlepas.

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas suspek utama, Salah Abdeslam, yang dikatakan memimpin serangan di Paris, November, tahun lalu, ditahan di Brussels.

Berikutan kejadian itu, semua penerbangan di lapangan berkenaan dibatalkan.

Jurucakap, Anke Fransen, berkata dua letupan berlaku di dewan berlepas dan pasukan bantuan kecemasan sudah berada di tempat kejadian.

Sejurus selepas kejadian itu, orang ramai digesa untuk menjauhkan diri dari lapangan terbang. Lapangan terbang itu juga ditutup buat masa ini.

Isnin, 18 Januari 2016

halang-jenazah-militan

Penduduk kampung Kedungwungu, Nasrullah yang terletak di Jawa Barat dilaporkan melarang keluarga seorang daripada militan yang melancarkan serangan di ibu kota Indonesia daripada mengebumikan jenazah di kampung mereka.

Reuters melaporkan, Muhazan dan tiga lagi penyerang meletupkan bom dan melepaskan tembakan minggu lalu menyebabkan kematian dan kecederaan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali namanya berkata,  tindakan yang dilakukan Muhazan itu telah mencemarkan nama baik agam Islam.

Jelasnya lagi, penduduk di sini mengamalkan sikap bertoleransi dan menolak fahaman radikal atau ekstrimis

Sementara itu, ketua kampung berkenaan berunding di antara keluarga penyerang dan penduduk.

Dalam kejadian siri letupan yang berlaku di ibukota Jakarta beberapa hari lalu sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi termasuk anggota polis cedera dalam siri letupan di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah.

Khamis, 14 Januari 2016

letupan-jalan-MH-Thamrin

Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi termasuk anggota polis cedera dalam siri letupan berhampiran Sarinah Mall di Jalan MH Thamrin pagi tadi.

Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Republik Indonesia, Anton Charliyan berkata, setakat ini enam disahkan maut iaitu tiga anggota polis dan tiga orang awam dalam serangan berhampiran Restoran Starbuck di Sarinah Mall kira-kira jam 10.50 pagi waktu tempatan.

Anton berkata, polis masih mengepung kawasan bangunan berkenaan dan percaya terdapat sekurang-kurangnya dua penjenayah yang masih bersembunyi dalam pusat membeli-belah dan pejabat setinggi 14 tingkat itu.

Bagaimanapun, katanya polis belum dapat mengesahkan sama ada ia dilakukan kumpulan penganas tetapi mengesahkan ia membabitkan sekumpulan orang bersenjata api dan membawa bom granit.

Bernama melaporkan, tiga daripada enam mangsa terbabit telah dibawa ke hospital dengan ambulans manakala pasukan paramedik turut membantu beberapa orang awam dan polis yang cedera sebelum dikejarkan ke hospital.

Helikopter juga kelihatan berlegar di udara dan orang awam dilarang menghampiri bangunan berkenaan.

Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di pondok polis di hadapan Sarinah Mall pagi tadi.

Menurut polis, beberapa lelaki yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah polis yang berada dalam pondok berkenaan.

Pada kejadian berkenaan, berlaku tembak menembak antara polis dan beberapa lelaki yang tidak dikenali itu, diikuti siri letupan di pondok polis dan di luar bangunan Sarinah Mall.

Ahad, 15 November 2015

paris-bombing

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan media pada Sabtu berkata, tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terlibat atau terbunuh dalam insiden serangan pengganas di Paris pada Jumaat malam lalu.

Menurut Wisam Putra, pemantau akan terus dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi memastikan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian malang itu.

Jurucakap Wisma Putra juga berkata terdapat 100 pelajar Malaysia terlibat dalam majlis makan malam bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim di Paris ada malam kejadian. Namun kesemua mereka dilaporkan selamat.

Dalam kenyataan yang sama, Wisma Putra yang mewakili kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Perancis dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keganasan seperti itu.

Terdahulu, militan dan pengebom berani mati menyerang restoran, dewan konsert dan stadium berdekatan Paris dan mengorbankan sekurang-kurangnya 140 orang pada malam Jumaat.

Kumpulan pengganas Negara Islam (IS) mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Rabu, 7 Oktober 2015

banana-kluang-today

Seorang lelaki dari Madhya Pradesh, India kehilangan alat kemaluan setelah dipotong oleh dua orang lelaki yang juga merupakan pasangan adik-beradik gara-gara tidak puas hati kerana membawa adik perempunya kahwin lari.

Mangsa bernama Jain berasal dari kampung Garethia Dangi kira-kira 40 kilometer dari Bhopal telah berkahwin dengan Babli tanpa restu keluarga perempuan.

Menurut laporan akhbar harian tempatan, tindakan Jain  tersebut tidak disenangi oleh dua -adik-beradik itu, Rakesh dan Suresh Kushwaha. Keluarga pihak perempuan menyifatkan ia sebagai bersekedudukan yang menyebabkan mereka berasa malu.

Sebelum kejadian kemaluan mangsa dipotong, Bhupendra Jain, 28, telah dipanggil oleh ahli keluarga sebelah perempuan  datang ke rumah di Mahuakheda untuk berbincang tentang hal perkahwinan mereka.

Pihak perempuan telah berjanji berjanji kepada pasangan pengantin bahawa mereka akan diraikan dalam majlis perkahwinan mengikut adat agar hubungan mereka mendapat pengesahan sosial.

Bagaimanapun tercetus pertengkaran sengit apabila Jain tiba di rumah keluarga perempuan. Menurut polis dua beradik itu berjaya mengalahkan abang ipar mereka dan salah seorang telah menyerang dengan pisau dan memotong alat kelamin mangsa.

Jain yang juga seorang pengamal perbuatan telah dikejarkan ke hospital berdekatan, tetapi kemudiannya dipindah ke Hospital Hamidia di Bhopal kerana mengalami kecederaan serius.

Rabu, 23 September 2015

Bullet Train Japan

West Japan Railway atau JR West telah mengeluarkan arahan mengharamkan penggunaan kayu selfie atau 'monopod' di 1,195 stesen syarikat itu, termasuk kawasan kereta api laju Shinkansen.

Larangan penggunaan kayu selfie tersebut dibuat kerana ia dikuhatiri akan menjejaskan wayar di bahagian atas kepala, memandangkan rekaan stesen dilakukan sebelum kayu selfie dicipta. Selain itu, tindakan menggunakan alat itu mengganggu kelancaran penumpang keluar dan masuk.

Warga Jepun sememangnya suka bergambar, hinggakan telefon pintar, media sosial dan kayu selfie menjadi amat popular di negara itu.

Justeru, selain telefon pintar, kayu selfie menjadi alat yang sangat biasa dilihat di destinasi pelancongan Jepun.

Ini kerana perjalanan di negara itu tidak lengkap tanpa gambar kenangan berkumpulan berlatarbelakangkan tarikan terkemuka seperti kereta api laju dan jenis makanan yang mungkin ditemui.

Menurut laporan agensi berita tempatan, rata-rata penggemar selfie di negara yang terkenal dengan jolokkan  negera 'Mata Hari Terbit' itu akur dengan larangan tersebut. Bagaimanapun paraturuan yang ditetapkan itu tidak menghalang mereka menangkap gambar selfie untuk diabadikan sebagai kenangan.
monopod-japan

Khamis, 13 Ogos 2015

Prayuth-Chan-Ocha

Selepas Malaysia dan Indonesia, dalam masa terdekat ini kerajaan Thailand dilaporkan akan melakukan rombakan kabinet. Bagaimanapun senarai mereka yang terlibat dalam rombakan tersebut belum dimuktamadkan lagi.

Menurut Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-Ocha, setakat ini tiada siapa yang tahu siapa yang akan mengganti dan disingkirkan.

Prayuth berkata, beliau kini sudah bersedia untuk mendapatkan perkenan diraja bagi melakukan rombakan Kabinet itu, namun ini bergantung sama ada muka baharu ingin menerima jawatan itu manakala menteri sedia ada pula mahu berundur.

Beliau menafikan pernah memaklumkan kepada seseorang untuk dilantik sebagai menteri baharu, namun menyatakan bahawa beliau akan menukar kedudukan menteri terbabit berdasarkan kewajaran.

Prayuth berkata, semua pihak perlu menerima rombakan yang bakal dilakukan itu selepas ulang tahun pertama pentadbiran kerajaannya yang dibentuk pada September tahun lepas.

Beliau enggan mengesahkan nama yang disebut-sebut dalam rombakan itu, antaranya tokoh dalam hal ehwal antarabangsa dan ekonomi seperti bekas Setiausaha Agung Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Supachai Panitchpakdi, bekas Menteri Hal Ehwal Luar Surakiet Satienthai, bekas Setiausaha Agung Asean, Surin Pitsuwan dan bekas Gabenor Bank of Thailand, Prasarn Trairatvorakul.

Rabu, 12 Ogos 2015

Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo pada Rabu mengumumkan rombakan kabinet dengan menggugurkan lima menteri dan menukar portfolio seorang menteri.

Dalam pengumuman rasmi di Istana Presiden yang disiarkan secara langsung oleh media tempatan di sini, presiden yang lebih popular dengan panggilan Jokowi itu menyatakan lima anggota kabinet yang digugur itu termasuk Setiausaha Kabinet bertaraf menteri, Andy Widjajanto.

Empat yang lain ialah Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Tedjo Edhy Purdijatno; Menteri Koordinator Kemaritiman, Indroyono Soesilo; Menteri Perdagangan, Rachmat Gobel; dan Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional, Andrinof Chaniago.
 
jokowi-kabinet

Menteri Koordinator Perekonomian, Sofyan Djalil ditukarkan ke Kementerian Perencanaan Pembangunan Nasional merangkap Ketua Badan Perencanaan Pembangunan Nasional (Bappenas).

Jokowi kemudian mengumumkan pelantikan lima menteri baharu iaitu Ketua Staf Kepresidenan, Luhut Binsar Pandjaitan menggantikan Tedjo; dan bekas Gabenor Bank Indonesia, Darwin Nasution sebagai Menteri Koordinator Perekonomian.

Bekas Pegawai Badan Penyihatan Perbankan Nasional, Thomas Lembong pula dilantik sebagai Menteri Perdagangan yang baharu.

Veteran politik yang juga menteri kabinet era presiden Gus Dur, Rizal Ramli dilantik sebagai Menteri Koordinator Kemaritiman manakala Setiausaha Agung Partai PDI-Perjuangan Pramono Anung pula dilantik sebagai Setiausaha Kabinet.

Kesemua menteri yang yang baharu dilantik itu mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Jokowi petang Rabu.

Majlis itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla; Ketua Umum PDI-Perjuangan, Megawati Soekarnoputri; Setiausaha Negara Praktikno, dan anggota-anggota kabinet lain.

Sumber

Rabu, 29 Julai 2015

Victoria Donda Perez Breast

Tindakan seorang anggota Parlimen wanita dari Argentina membuka baju semasa sidang dewan Parlimen berlansung semata-mata handak menyusukan anak kecilnya mendapat kritikan warga netizen di negara itu.

Memetik laporan portal Mail Online, anggota Parlimen berkenaan, Victoria Donda Perez, bertindak membuka bajunya di dalam dewan Parlimen kerana hendak menyusukan anak perempuanya yang baru berusia lapan bulan. 

Bagaimanapun, tindakan Victoria itu tidak disenangi oleh ahli dewan yang lain dan turut mengundang kritikan pelbagai pihak yang menganggap perbuatannya itu tidak sesuai pada majlis rasmi.

Beberapa keping gambar ahli Parlimen wanita itu ketika sedang menyusukan banyinya tersebar dan menjadi viral di media sosial pada awal bulan lalu dan menimbulkan keadaan kurang selesa, namun tidak kurang juga yang memuji sikapnya yang sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya.

Sebelum dipilih sebagai ahli Parlimen, Victoria yang pada asalnya adalah seorang aktivis hak asasi dan juga seorang peguam. Beliau juga turut muncul sebagai wanita paling muda dipilih menjadi anggota Kongres Kebangsaan Argentina pada 2007. Victoria juga turut digelar 'Dipusex' atau ahli Parlimen paling seksi oleh rakyat negaranya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Juana menerusi laman Twitter miliknya menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan sikap Victoria kerana ramai golongan ibu masa kini sanggup  meninggalkan anak mereka pada orang lain walau masih menyusu badan, sedangkan mereka tahu susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.
 
Terdapat juga pengguna laman sosial lain tidak selesa dengan tindakan Victoria tersebut yang dianggap kurang sopan dan menasihatkan agar ahli Parlimen wanita itu supaya lebih sopan walaupun mahu menyusukan anak.

Khamis, 16 Julai 2015

toyota-kualiti-isu

Reuters hari ini melaporkan, Toyota Motor Corp akan menarik balik kira-kira 625,000 kereta hibrid di seluruh dunia berikutan kecacatan sistem yang menyebabkan gangguan pada perisian yang mengakibatkan kereta terhenti secara tiba-tiba ketika dipandu.

Syarikat pembuat kereta terbesar dunia dari Jepun itu memaklumkan bahawa sebahagian besar masalah pada bahagian perisian itu dikenal pasti dikeluarkan antara Mei 2010 dan November 2014.

Antara model yang ditarik balik termasuk van mini Prius v, iaitu alpha Prius dan Prius +. Kira-kira 340,000 daripada kenderaan berkenaan berada di Jepun, 160,000 di Eropah dan 120,000 di Amerika Utara, kata syarikat itu sambil menambah tidak ada sebarang laporan kemalangan atau kecederaan dilaporkan berikutan kecacatan itu.

Isnin, 22 Jun 2015

Kucing seringkali dianggap sebagai binatang peliharaan yang manja, comel dan peneman yang setia dikala kesunyian. Bagi individu yang membela kucing di rumah golongan ini dianggap sebagai insan yang penyayang.

cakar-kucing-kluangtodayNamun, tidak seperti apa yang berlaku pada pasangan kekasih di Berlin, German seperti yang dilaporkan di bawah ini

Berang digigit seekor kucing, seorang wanita membalas dendam dengan menggigit dan memukul berulang kali teman lelakinya, yang juga pemilik haiwan itu, kata polis, semalam.

Jurucakap polis berkata, wanita berusia 26 tahun itu diserang kucing peliharaan teman lelakinya berusia 39 tahun, di bandar Hagen, awal pagi kelmarin.

Mengikut kenyataan polis, pergaduhan berlaku antara wanita dan pemilik haiwan itu yang menyaksikan lelaki terbabit dipukul dan digigit berulang kali.

Lelaki berkenaan cuba menghubungi polis tetapi kekasihnya berulang kali merampas telefon bimbit daripada tangan hinggalah dia berjaya melepaskan diri dan membuat panggilan susulan.

Lelaki itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala wanita itu, yang didakwa melakukan keganasan domestik, dilarang mendekati kediaman mereka selama 10 hari.

Jumaat, 19 Jun 2015

ikea-tidur1-kluangtoday

Akibat terdedah kepada cuaca panas di China, pengunjung pusat jualan kelengkapan rumah, Ikea menjadikan premis perabot berkenaan sebagai 'port' utama mereka untuk melelapkan mata.

Seorang jurugambar, Kevin Frayer, yang merakamkan keadaan 'gila' itu, berkata gudang tersebut menyediakan bilik khas untuk pengunjung yang sememangnya datang hanya untuk tidur dan berehat.

Katanya lagi, pihak pengurusan sudah beberapa kali mengingatkan pengunjung yang datang supaya tidak tidur di atas perabot atau katil milik mereka. Berbagai tanda amaran 'jangan tidur' dipamerkan, namun pengunjung tetap berdegil dan terus mencuba.

Tambah lagi, sebanyak lapan buah gudang Ikea terbesar terletak di China.

Dalam pada itu, pihak atasan syarikat di Amsterdam berasa lega selepas mengharamkan dan melarang permainan sorok-sorok di dalam premis berkenaan.

ikea-tidur2-kluangtoday.png

Sabtu, 13 Jun 2015

Dick-Costolo-twitter

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Dick Costolo mengumumkan perletakan jawatannya bermula 1 Julai ini.

‎Menurut laporan AFP , kerusi itu akan diserahkan kembali kepada pengasas syarikat itu, Jack Dorsey.

‎"Masa depan adalah milik Twitter. Terima kasih kepada dedikasi dan visi Dick Costolo," kata Dorsey.

Sebelum ini, pergolakan dikatakan terjadi kerana tekanan yang dialami Costolo oleh pelabur yang mahu dia membuktikan kemampuannya untuk membawa pendapatan dari pengguna Twitter sendiri.

"Malangnya berita ini tidak menghairankan.

"Sebenarnya keadaan Twitter tidak berapa baik sekarang kepada pengguna dan pemasarnya," kata penganalisis Forrester Nate Elliott.

‎Costolo menerajui firma yang berpangkalan di San Francisco itu melalui tawaran awam permulaannya, tetapi pertumbuhan tetap mengecewakan dan syarikat itu masih belum menunjukkan keuntungan.

Khamis, 10 Oktober 2013

wanita-tunggang-kuda
Gambar hiasan

Riyadh: Seorang wanita di Arab Saudi diceraikan suaminya yang cemburu selepas dia melihat sekeping gambar isterinya mencium kuda dimuat naik di lama sosial.

Wanita tanpa nama itu bagaimanapun tidak menyesal atas perbuatannya mengambil gambar ‘sedang mencium kuda’ ketika berada di ladang ternakan di Riyadh dan menyifatkan suaminya cemburu tidak bertempat.
Akhbar Sada melaporkan suami wanita itu berang selepas melihat sendiri gambar berkenaan di laman sosial kemudian menceraikan pasangannya.

Tindakan keterlaluan

“Dia nampaknya terlalu cemburu terhadap isterinya, sehingga mencium kuda pun dianggap keterlaluan,” kata akhbar itu.

Wanita berkenaan juga bertegas bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada suaminya kerana apa yang dilakukannya bukan di luar batasan, malah menyalahkan suaminya yang tidak tahu membezakan antara haiwan dan manusia.

Beliau turut bangga dengan gambar itu berikutan ia hanyalah luahan perasaan ‘sayang’ terhadap haiwan itu. AGENSI
mohamed-morsi-bicara

Kaherah: Sebuah mahkamah Mesir semalam menetapkan 4 November ini sebagai tarikh permulaan perbicaraan ke atas presiden yang disingkirkan Mohamed Morsi atas tuduhan mendalangi pembunuhan penunjuk perasaan, lapor media tempatan.

Morsi akan dibicarakan bersama 14 defendan lain berhubung pembunuhan penunjuk perasaan di luar istananya pada Disember 2012, hampir tujuh bulan sebelum disingkirkan dalam rampasan tentera, lapor agensi berita MENA.
Perbicaraan Morsi, yang ditahan di lokasi rahsia sejak disingkirkan 3 Julai lalu, kemungkinan akan meningkatkan kemarahan penunjuk perasaan penyokongnya yang bertempur dengan pasukan keselamatan Ahad lalu menyebabkan 57 terbunuh.

Dituduh menghasut

Pendakwa raya menuduh Morsi ‘menghasut penyokong melakukan pembunuhan terancang’ ketika pertempuran 5 Disember lalu di luar istana presiden.

“Beliau akan dibicarakan di sebuah mahkamah daerah di Kaherah,” lapor MENA.

Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam keganasan antara penyokong setia puak Islam dan pembangkang yang meletus selepas beliau meluluskan satu dekri sementara yang memberinya kuasa penuh.

Ikhwanul Muslimin pimpinan Morsi mendakwa kebanyakan mangsa yang terkorban adalah anggotanya, satu dakwaan dipertikaikan pembangkangnya.

Wartawan turut maut

Seorang wartawan yang menentang Morsi turut terbunuh dalam keganasan itu.

Pertempuran tercetus apabila penyokong Muslimin cuba menyuraikan bantahan di luar istana oleh pembangkang sekular yang menentang Morsi.

Defendan bersama Morsi termasuk beberapa pembantunya dan pemimpin organisasi itu.

Susulan penyingkiran Morsi, pasukan keselamatan melancarkan gerakan besar-besaran memburu penyokong beliau, menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh, manakala ramai pemimpin pergerakan itu ditahan dan dipenjarakan.

Ratusan penyokong puak Islam terbunuh pada 14 Ogos, apabila pasukan keselamatan menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di dua lokasi di Kaherah.

Boleh cetus bantahan

Perbicaraan Morsi dijangka mencetuskan lebih banyak bantahan dikalangan penyokongnya yang mendesak bekas pemimpin itu dibebaskan.

Diplomat Barat termasuk ketua dasar luar Kesatuah Eropah Catherine Ashton mendesak pembebasan Morsi, sebagai usaha memulihkan keamanan di negara itu tetapi ditolak kerajaan sementara.

AFP