Terkini
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan

Selasa, 29 November 2016

Nippon-Electric-Glass-HQ

KUALA LUMPUR : Sebanyak 2,602 projek pembuatan dengan penyertaan dari Jepun dilaksanakan di Malaysia sehingga akhir tahun lalu, membabitkan pelaburan bernilai RM85 bilion dan mewujudkan 342,837 peluang pekerjaan.

Bagi tempoh lapan bulan tahun ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 36 projek pembuatan dari Jepun dengan pelaburan berjumlah RM1.05 bilion dan bakal mewujudkan tambahan 1,280 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Menurut MIDA, projek berkenaan bakal dilaksanakan di Kelantan, Johor, Perak, Melaka, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, sebanyak 86 peratus daripada pelaburan berkenaan adalah daripada aktiviti pengembangan dan kepelbagaian syarikat Jepun sedia ada yang beroperasi di negara ini.

"Antara syarikat terbabit ialah Rohm-Wako Electronic, Nippon Electric Glass, Cosmo Scientex dan Polyplastics Asia Pacific," demikian menurut MIDA dalam kenyataan, pada Isnin.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sesi dialog antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama Kedutaan Jepun, Dewan Perdagangan dan Industri Jepun di Malaysia (JACTIM) dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Menteri di Kedutaan Jepun, Yoshinori Kodama; Presiden JACTIM, Toshihiko Todokoro; dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.

Antara isu yang dibincangkan pada dialog itu ialah prosedur dan peraturan mengenai perdagangan dan pelaburan serta status rundingan terkini Malaysia mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA).

MIDA berkata, syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia bukan sahaja dijangka terus melabur semula di negara ini, tetapi turut menjadikan Malaysia sebagai hub untuk menjalankan operasi di peringkat serantau dan global. Katanya, MIDA akan bekerjasama rapat dengan rakannya dari Jepun dalam menggalakkan hubungan perniagaan membabitkan perniagaan antara negara itu dan Malaysia.

Sumber : BH

Sabtu, 9 April 2016

ringgit-dollar-naik

KUALA LUMPUR : Ringgit dijangka meningkat minggu depan ketika harga minyak mentah stabil di antara AS$35 dan AS$40 setong, di samping kelemahan dolar US.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata mata wang tempatan tidak dinilai terlalu rendah kerana ia telah meningkat mendadak sebanyak 11 peratus berbanding dolar AS daripada paras 4.4 sejak akhir tahun lalu.

"Pemulihan ringgit berlaku dengan pantas berikutan komen Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe awal minggu ini, yang Jepun akan mengelak daripada campur tangan arbitari dan akan mengelak penurunan kompetitif nilai mata wang.

"Ia telah bertindak sebagai lampu hijau kepada lebih banyak pengaliran masuk dana dari Asia ke Malaysia dalam jangka terdekat.

"Tahap perlahan Rizab Persekutuan mengetatkan langkah monetari juga membantu meningkatkan dana ke dalam pasaran baru muncul, termasuk Malaysia," katanya.

Harga minyak mentah yang semakin baik juga akan memulihkan keyakinan terhadap mata wang tempatan, kerana ini akan membantu pendapatan minyak dan gas Malaysia.

Nazri Khan berkata, penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent meningkat lebih lima peratus dalam sesi sebelum ini selepas inventori minyak mentah AS menunjukkan penurunan dalam tempoh dua tahun dan mencecah AS$40 setong untuk kali pertama dalam masa seminggu.

Sementara itu, ringgit juga menyokong pengaliran masuk pegangan asing bon didenominasi ringgit, yang menyaksikan kenaikan bersih positif RM11.5 bilion.

"Pada suku pertama tahun ini, dana asing bertukar menjadi pembeli bersih RM3.3 bilion dalam tempoh yang sama setahun lalu," tambahnya.

Ringgit ditutup pada 3.9000/9050 berbanding dolar US pada Jumaat, lebih rendah daripada 3.8880/8950 yang dicatat Jumaat lalu.

Unit tempatan itu merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.8895/8950 daripada 2.8826/8895 minggu lalu dan menyusut berbanding yen kepada 3.5796/5852 daripada 3.4603/4675.

Ia juga jatuh berbanding euro kepada 4.4394/4466 daripada 4.4315/4411 Jumaat lalu tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5013/5092 daripada 5.5692/5815 sebelum ini. - BERNAMA

Rabu, 23 Mac 2016

ringgit-kukuh

KUALA LUMPUR : Ringgit Malaysia mengukuh melepasi paras RM4.00 kepada dolar AS untuk kali pertama sejak Ogos.

Menurut Bloomberg, pengukuhan ringgit didorong spekulasi kenaikan harga minyak mentah yang memberikan kelebihan kepada kewangan negara pengeksport minyak.

Ringgit meningkat kepada RM3.99 kepada US$1.00 daripada kadar tukaran yang dikumpulkan dari bank tempatan.

Brent meningkat 0.4% setong, ke US$41.70 setong. Ini adalah harga minyak mentah setong tertinggi tahun ini.

Ringgit adalah matawang terbaik Asia Tenggara tahun ini dengan peningkatan 7 peratus sejak awal tahun.

Rabu, 2 Mac 2016

khaled-jais-johor

BERNAMA: Ekonomi Johor dijangka terus mengukuh berdasarkan pencapaian indikator makro utama negeri walaupun berdepan kelembapan ekonomi global ketika ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kedudukan fiskal Johor kukuh dengan hasil kewangan negeri merekodkan sebanyak RM1.549 bilion, tahun lepas, melebihi 25 peratus daripada anggaran asal berjumlah RM1.239 bilion.

"Perbelanjaan tahunan negeri tidak melebihi hasil dan ini membolehkan akaun mencatat lebihan bagi tahun 2013 hingga 2015. Sehingga 31 Disember 2015, rizab pula adalah sebanyak RM2.63 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Exco Awayday 2016, di sini, Selasa yang turut dihadiri 350 orang termasuk dari jabatan kerajaan, agensi negeri dan persekutuan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Mohamed Khaled berkata ekonomi Johor terus mengukuh dan daripada petunjuk yang diperoleh, dianggarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor pada tahun lepas antara 4.5 hingga 5.5 peratus, walaupun terkesan daripada kelembapan ekonomi.

Beliau berkata Johor juga mencatatkan pelaburan tertinggi bagi sektor pembuatan untuk tiga tahun berturut-turut dengan sebanyak RM30 bilion setakat September, tahun lepas.

Katanya, syarikat konglomerat milik kerajaan negeri iaitu Johor Corporation (JCorp) juga terus mencatatkan perolehan peringkat kumpulan melebihi RM4.5 bilion dengan keuntungan di atas paras RM400 juta.

"Ini membolehkan kerajaan negeri mendapat agihan dana berjumlah RM11.6 juta bagi tahun 2014 dan 2015. Jumlah berkenaan tidak termasuk pulangan dalam nilai bukan tunai yang jauh lebih tinggi," katanya.

Selasa, 23 Februari 2016

ringgit-naik-hari-ini

BERNAMA: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan kepada mata wang sedang muncul, termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, unit tempatan itu diniagakan pada 4.1920/1990 berbanding 4.1940/1990 semalam.

Peniaga berkata, ringgit juga menjejaki prestasi mata wang serantau lain menjelang mesyuarat pembuat dasar Kumpulan 20 di Shanghai minggu ini.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata awang lain kecuali yen.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9830/9884 daripada 2.9904/9946 pada Isnin, naik berbanding pound Britain kepada 5.9191/9307 daripada 5.9400/9487 dan menokok berbanding euro kepada 4.6246/6332 daripada 4.6499/6571 semalam.

Sementara itu, unit tempatan itu merosot berbanding yen kepada 3.7369/7444 daripada 3.7181/7235 pada Isnin.

Selasa, 12 Januari 2016

1mdb-kluang-today

BERNAMA: 1Malaysia Development Bhd hari ini menafikan dakwaan berkaitan program Sukuk Bandar Malaysia dan menyifatkannya sebagai 'tidak bertanggungjawab' kerana hasil daripada bon Islam telah digunakan dengan baik.

1MDB merujuk kepada kenyataan oleh Rafizi Ramli, Anggota Parlimen Pandan, yang mendakwa hasil daripada Sukuk Bandar Malaysia Sdn Bhd (Sukuk BMSB) mungkin tidak digunakan dengan baik.

"1MDB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan malah, mengesahkan hasil yang diraih oleh BMSB telah digunakan sejajar dengan terma Perjanjian Program Sukuk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil itu digunakan untuk membiayai sebahagian kos projek pemindahan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), fi pra-pembiayaan dan perbelanjaan untuk Program Sukuk, pembiayaan akaun rizab pembiayaan prasyarat dan sebagai modal kerja oleh 1MDB Real Estate Sdn Bhd, yang kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd.

Rafizi Ramli dengan sengaja telah mengabaikan kenyataan terperinci yang dikeluarkan 1MDB pada 6 Jan, yang mana tanpa ragu-ragu, menyatakan dengan jelas bahawa ini tidak akan menjadi isu apabila beliau membangkitkan kebimbangan mengenai sebuah syarikat asing yang mungkin terlibat dalam projek pemindahan semula PUKL, menurut kenyataan itu.

Sambil mengulangi pendiriannya, 1MDB berkata, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), anak syarikat 100 peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera, adalah dan akan terus menjadi, kontraktor siap guna untuk projek Pemindahan Semula PUKL.

PPHM telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang berkelayakan sebagai sub-kontraktor untuk melaksanakan pelbagai aspek pembinaan dan mereka akan mengekalkan kontraktor yang ditetapkan dan melaksanakan peranan mereka secara eksklusif.

Kontraktor ini telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan pembinaan akan diselia oleh pegawai berkaitan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

"Memandangkan pembinaan akan terus dijalankan oleh kontraktor semasa yang diluluskan, oleh itu, tiada persoalan mengenai sebarang kesan kepada keselamatan negara daripada penjualan oleh 1MDB bagi 60 peratus kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia," kata 1MDB.

Khamis, 17 Disember 2015

1mdb-ipic

BERNAMA: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata ia terus menikmati hubungan perniagaan kukuh dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata ini jelas terbukti menerusi pelaksanaan perjanjian helaian terma yang menyaksikan IPIC mengambil alih bon prinsipal AS$3.5 bilion dan faedah yang dipegang 1MDB ketika ini serta pembayaran tunai sebanyak AS$1 bilion oleh IPIC kepada 1MDB pada Jun 2015.

Malah, IPIC turut mengesahkan komitmennya untuk bekerjasama dengan 1MDB menerusi satu kenyataan umum yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2015 serta membuat bayaran faedah terhadap bon berkenaan pada Oktober dan November 2015.

Sementara itu, 1MDB berkata ia turut mencatat kemajuan ketara dalam pelan rasionalisasinya.

Ini termasuk kejayaan 1MDB melaksanakan perjanjian jual beli saham dengan China General Nuclear Power Corporation dan kini dalam proses memilih rakan kongsi pembangunan bagi projek Bandar Malaysia.

Isnin, 14 Disember 2015

iskandar-malaysia-johor

BERNAMA: Iskandar Malaysia, koridor ekonomi di selatan Johor, berjaya menarik sejumlah RM187.96 bilion pelaburan komited terkumpul dari 2006 hingga November 2015, demikian menurut Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Daripada jumlah keseluruhan berkenaan, 50 peratus atau RM93.39 bilion mewakili pelaburan yang telah direalisasikan, kata IRDA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat Ahli-ahli IRDA yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

IRDA, yang diberi mandat untuk merancang, mempromosi dan menjadi pemudah cara kepada pembangunan di Iskandar Malaysia, dalam kenyataan itu juga memaklumkan Iskandar Malaysia memperoleh pelaburan sebanyak RM29.83 bilion dari Januari hingga November tahun ini.

Menurut IRDA, setakat ini, pelabur tempatan telah menyumbang sebanyak RM111.82 bilion (59 peratus) kepada jumlah pelaburan komited terkumpul manakala baki RM76.14 bilion atau 41 peratus disumbangkan oleh pelabur asing.

"Antara sektor-sektor yang digalakkan, sektor pembuatan mencatatkan pelaburan komited terkumpul tertinggi sebanyak RM52.10 bilion. Ini termasuk pelaburan dari sektor elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia serta pemprosesan agro dan makanan," menurut kenyataan itu.

Ia diikuti oleh logistik (RM5.70 bilion), pelancongan (RM3.10 bilion), penjagaan Kesihatan (RM2.77 bilion), pendidikan (RM2.06 bilion), perkhidmatan perundingan dan nasihat kewangan (RM0.74 bilion) dan industri kreatif (RM0.56 bilion).

Sektor-sektor lain yang menyokong pertumbuhan Iskandar Malaysia termasuklah pembangunan hartanah di mana segmen kediaman, peruncitan dan perindustrian secara keseluruhannya menyumbang kepada pelaburan terkumpul sebanyak RM 96.13 bilion sehingga 20 November 2015, diikuti dengan utiliti (RM12.96 bilion), pelaburan kerajaan, berfokus pada infrastruktur dan kerja-kerja awam (RM8.99 bilion) dan teknologi terkini (RM2.85 bilion).

Isnin, 2 November 2015

norman loayza ringgit malaysia

Pakar Ekonomi Utama Kumpulan Penyelidikan Pembangunan Bank Dunia, Norman Loayza berpendapat penurunan nilai ringgit Malaysia adalah disebakan oleh kelonggaran dasar monetari Amerika Syarikat dan proses pemulihan ekonominya.

Dalam ucapanya pada Persidangan  Ulang Tahun Ke-25 Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) di sini, beliau berkata, isu penurunan nilai ringgit bukan isu khusus negara dan bukan kali pertama Malaysia mengalaminya.

Jelas beliau lagi, adalah penting bagi mana-mana ekonomi matang untuk melihat kepada produktiviti yang termasuk inovasi, pendidikan, kecekapan, prasarana dan kewangan, sebagai kunci kepada pertumbuhan.

Beliau turut menekankan bahawa persediaan semasa tempoh ekonomi baik menerusi dasar kewangan dan makroekonomi yang berhemat, insurans dan perlindungan sosial bersasar dan sektor swasta fleksibel merupakan antara isu-isu penting yang perlu ditumpukan dalam menguruskan risiko dan krisis

Loayza berkata kualiti prasarana dan paras pendapatan di Asia Timur adalah sangat memberangsangkan, dan rantau-rantau membangun lain mahu mencontohi pembangunan ekonominya.

Rabu, 30 September 2015

zeti-gabenor-bnm

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam satu simposium memberitahu bahawa nilai ringgit tidak perlu ditambat kepada dolar AS biarpun nilai mata wang negara sekarang ini menunjukkan trend menurun.

Zeti turut menjelaskan, sekiranya nilai ringgit ditambat seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, beberpa perkara lain turut akan terlaras, sama ada harga atau keadaan permintaaan, dan perkara itu mungkin mempunyai kesan lebih besar ke atas ekonomi negara.

Jelas beliau lagi, kerajaan belum merancang sebarang langkah seperti kawalan modal kerana Malaysia mempunyai mekanisme yang melaras kepada keadaan ekonomi tertentu.

"Apa yang mahu kita tunjukkan ialah apabila kita mempunyai asas ekonomi yang membolehkan kita melaras, dan apabila ketidaktentuan berkurang, kekukuhan mata wang kita akan pulih kembali," katanya.

Zeti berkata, penyusutan ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor di peringkat global dan BNM akan pastikan pasaran akan kekal teratur.

Ujarnya lagi, BNM akan terus memantau dan melihat maklumat yang diterima dan setakat ini rekod pencapaian dan pengalaman yang pernah dilalui dahulu menunjukkan permintaan (global dan domestik), menjadi faktor utama dalam menjejaskan eksport dan import.

Ketika ditanya tentang kedudukan nilai ringgit hingga akhir tahun ini, Zeti menjelaskan bahawa keadaan itu bergantung kepada perkembangan ekonomi dunia yang dilihat tidak menentu termasuk bilakah Bank Rizab Persekutuan AS akan keluar daripada kadar faedah sifar serta harga tenaga dan komoditi.

Dalam pada itu, Zeti cukup yakin ekonomi negara mampu pulih dan berkembang dengan cepat dengan berpandukan pengalaman yang dimiliki dalam mengurus keewangan walau pelbagai rintangan yang mendatang.

Khamis, 29 Ogos 2013

najib razak polisi ekonomi bumiputera

Orang-orang Melayu bakal mendapat berita gembira pada 14 September ini kerana Perdana Menteri akan mengumumkan Polisi Ekonomi Bumiputera bagi memperhebat penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara ini.

Polisi yang bakal diumumkan di hadapan 5,000 orang di Dewan Agong UiTM Shah Alam  dijangka akan memberi tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bumiputera.

Perdana Menteri juga akan menegaskan komitmen kerajaan dalam merangka strategi dan program intervensi, termasuk pendekatan baru bagi memantapkan ekonomi bumiputera di negara ini.

Pengumuman ini sekali gus menjawab semua kritikan yang menuduh kerajaan tidak memberi perhatian serius kepada agenda bumiputera.   Ternyata kerajaan tidak pernah meminggirkan bumiputera, tetapi terus komited untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

Komitmen Perdana Menteri ini mampu memberi harapan baru kepada orang-orang Melayu yang meragui kepimpinan berikutan perkembangan politik semasa yang banyak mengguris hati dan tidak memihak kepada orang-orang Melayu.

Penghinaan terhadap agama Islam dan juga kes-kes jenayah yang menjadi-jadi akibat tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta EO dan ISA telah membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai mengkhianati sokongan mereka selama ini.

Malah, orang-orang Melayu turut mengaitkan kebiadapan kaum lain menghina Islam dan Melayu sebagai berpunca dari sikap kerajaan yang sanggup memaafkan Namewee suatu ketika dahulu.  Hari ini, sudah dua tiga video dibuat oleh Namewee untuk menghina Melayu, tidak termasuk filem The New Village yang menyanjung komunis.

Semua ini membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai lemah kerana terlalu tunduk kepada kaum lain dan juga pembangkang.

Bertitik-tolak dari itu, orang-orang Melayu mempersoal dasar keterbukaan kerajaan dalam mengendalikan GLC dan hal-hal lain yang berkaitan Melayu.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini membuktikan bahawa segala keraguan orang-orang Melayu adalah tidak berasas.  Hakikatnya, kerajaan tidak pernah meminggirkan orang-orang Melayu dalam apa jua segi dan tindakan kita mengundi BN dalam PRU yang lalu adalah tepat.

Selasa, 16 Julai 2013

perjanjian-tppa

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang melibatkan 12 negara, tidak akan ditandatangani pada Oktober ini seperti yang dijangkakan pada mulanya kerana ada banyak bidang yang belum dipersetujui.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, berkata rundingan TPPA itu merupakan rundingan antara pihak yang setara tetapi walaupun sekiranya satu pihak tidak bersetuju, rundingan perjanjian itu tidak akan selesai.

"Perkara yang paling penting ialah kita tidak akan bertolak ansur dari segi kedaulatan Malaysia dan kita akan berpegang kepada dasar kita. "Kita gunakan kemahiran berunding untuk mengetepikan perkara-perkara yang menyentuh kedaulatan," kata beliau pada forum dan dialog Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia mengenai TPPA di sini, Isnin.

Pada Oktober 2010, Malaysia mengambil bahagian sebagai satu pihak dalam rundingan TPPA itu.

Sta Maria berkata Malaysia memilih untuk mengambil bahagian dalam rundingan-rundingan TPPA lebih awal untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam proses rundingan itu dan agar dapat mempengaruhi keputusan.

Mengenai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), beliau berkata isu-isu berkaitan dengan PKS termasuk dalam rundingan-rundingan TPPA itu. -BERNAMA