Terkini
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Januari 2017

hentian-bas-kluang.jpg

Hampir setiap tahun rakyat diminta membayar cukai kepada kerajaan termasuk kerajaan negeri. Tujuan cukai dibayar adalah untuk membantu kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya bagi menyediakan perkhidmatan dan prasarana yang terbaik untuk rakyat.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menerusi status laman sosialnya mempersoal ke mana perginya duit pembayar cukai di Kluang yang dikutip setiap tahun itu.

Pertiakaian itu dibuat kerana beliau selaku wakil rakyat di sini tidak berpuas hati dengan perkhidmatan serta kemudahan prasarana yang disediakan kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Dalam status Facebooknya, beliau menyatakan bertapa teruknya keadaan Terminal Bas Kluang pada hari ini yang tidak diselenggara dengan baik dan tidak memberi keselesaan untuk para peniaga dan pengguna yang secara langsung menggunakan fasiliti dan perkhidmatan di terminal bas di sini.

Di akhir statusnya, sekali lagi wakil rakyat dari DAP itu bertanya, di mana hak warga Kluang selaku pembayar cukai.

Jumaat, 30 September 2016

MH17-JIT-Rusia

KUALA LUMPUR : Kumpulan penyiasat antarabangsa diketuai Belanda pada Rabu merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.

Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah Pusat Belanda, Wilbert Paulissen berkata sistem pertahanan peluru berpandu Buk itu kemudian diangkut balik ke Rusia selepas MH17 ditembak jatuh, mengorbankan kesemua orang yang berada dalam pesawat.

"Berdasarkan siasatan jenayah, kami membuat kesimpulan bahawa Penerbangan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK 9M38-Series, dari wilayah Persekutuan Rusia," kata beliau pada sidang media di Nieuwegein, Belanda.

Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.

Pesawat Boeing B777 itu, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, apabila ditembak jatuh di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.

Terdapat 193 penumpang warga Belanda dan 44 warga Malaysia dalam pesawat malang itu. Identiti kesemua mangsa warga Malaysia telah dikenal pasti.

Tahun lepas, pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan bahawa MH17 ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara di ruang udara timur Ukraine.

Pada Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menjangka laporan hasil siasatan pasukan penyiasat antarabangsa diumumkan sebelum akhir tahun.

Najib berkata Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) terdiri daripada lima negara - Australia, Belgium, Belanda, Malaysia dan Ukraine akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan pelan tindakan untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan selepas laporan itu disiarkan. - Bernama

Rabu, 31 Julai 2013

SCORPENE-SUARAM-TENGGELAM

Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti.  Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini, ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal.

Dan hari ini, mungkin kerana ego, SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka.  Rakyat Malaysia, secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM.

Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu.  Di pihak SUARAM pula, mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan.  Untuk itu, mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong.

Kita percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk ‘menguruskan pembohongan’, termasuk membayar peguam-peguam asing, kos pengangkutan dan penginapan mereka, keraian dan juga pelbagai kos lain.  Tugasnya adalah untuk terus memberitahu rakyat bahawa Altantuya adalah penterjemah dalam urusniaga scorpene dan beliau mempunyai hubungan sulit sama ada dengan Dato’ Seri Najib atau Razak Baginda.

Selain itu mereka juga perlu terus berbohong bahawa syarikat DCNS, Thales dan Perimekar, entah bagaimana telah memasukkan wang ke dalam poket Dato’ Seri Najib.   Dari situ, mereka harus terus menyatakan bahawa mahkamah Perancis telah membuka fail kes dan beberapa orang bakal disapina.

Tidak apa jika mahkamah Perancis telah membuat kenyataan bahawa kes scorpene tidak wujud sama sekali dan telah ditolak sejak dari mula kerana aduan SUARAM didapati tidak berasas.  Tidak apa jika pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah menjejak kaki ke negara itu dalam tempoh urusniaga berlaku  Tidak apa jika pegawai syarikat DCNS ketawakan kisah kewujudan penterjemah kerana semua transaksi dilakukan dalam bahasa Inggeris.  Dan tidak apa jika laporan audit syarikat Perimekar telah menunjukkan tiada yang pelik dan tiada satu sen pun wang yang tidak berada di tempatnya.

Tidak apa semua itu, kerana apa yang SUARAM perlu lakukan ialah terus berbohong mengenainya sebagai alasan untuk menganjur program dan meminta sumbangan.  Ini kerana sumbangan itulah satu-satunya cara untuk mereka menjustifikasi perbelanjaan besar yang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh pertubuhan itu.

Oleh itu, jika ada sesuatu yang pelik dalam pengurusan kewangan, ia bukanlah dalam pembelian scorpene, tetapi dalam operasi SUARAM.

Bagi meletakkan titik noktah kepada semua pembohongan ini, Jasbir Singh Chahl yang terlibat secara langsung dalam transaksi scorpene telah bersetuju agar kenyataannya diambil dan diterbitkan.  The New Straits Times telah menyiarkan kenyataannya semalam.

Dari kenyataan Jasbir, maka sahlah bahawa tiada teka-teki yang perlu diselesaikan dalam isu pembelian scorpene.  Semuanya berlaku secara telus dan jelas dan SUARAMlah yang sebenarnya berbohong.

Terbukti kini bahawa hayat SUARAM bergantung penuh kepada pembohongan.  Jika pembohongan itu berhenti, maka tamatlah riwayat SUARAM.  Setakat hari ini, boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mempercayai SUARAM.  Maka hiduplah SUARAM bagai bangkai bernyawa - berbohong untuk terus mendapat dana dan mengutip derma.

Sabtu, 27 Julai 2013

 Guneswary Kelly fitnah

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Jumaat mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang mempolitikkan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh.

Naib Presidennya Datuk Zulkifli Noordin berkata sesetengah pihak mengambil kesempatan memfitnah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor, dengan mendakwanya bersikap rasis kerana menempatkan murid bukan Islam makan di dalam tandas.

"Yang jelas perkara ini telah diputar belit dan disulami dengan pembohongan, sedangkan faktanya sekolah itu mempunyai kantin yang kecil dan hanya memuat 600 pelajar.

"Keputusan (menggunakan bilik persalinan) itu dibuat hasil perbincangan bersama guru dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), dan guru besar sekadar melaksanakan keputusan itu," katanya ketika mengulas isu itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penubuhan Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antara Kaum Malaysia (Mirac) di sini.

Zulkifli turut menyatakan sokongan Perkasa untuk membela dan mempertahankan Mohamad Nasir.
Sementara itu Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda MIC P. Punithan turut memohon semua pihak supaya untuk tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai isu perkauman.

Perkara itu tidak harus dipolitikkan dan dipolemikkan kerana mampu menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin, katanya dalam kenyataan, Jumaat. - BERNAMA

Jumaat, 19 Julai 2013

Vivian-Alvin-Bak-Kut-Teh.jpg

Vivian dan Alvin nampaknya telah tersalah congak apabila memilih untuk ‘bergurau’ dengan mempersendakan umat Islam di bulan Ramadhan.   Sangka mereka, DAP dan PKR atau mungkin juga MCA akan bangun membela mereka sepertimana yang berlaku dalam semua kes menghina Islam/Melayu sebelum ini.

Mereka juga pasti menyangka yang para pejuang hak asasi manusia akan bangun membela mereka atas hujah ‘hak untuk mengekspresi diri’ atau apa saja.  Malah, mereka juga mungkin menyangka yang PAS akan turut membela mereka sekadar untuk membuatkan DAP bangga.

Sangka mereka, umat Islam dari UMNO akan bersendirian berhadapan dengan mereka yang disokong oleh semua pihak di dalam Malaysia.

Tidak keterlaluan juga jika mereka turut menyangka akan diberi maaf oleh kerajaan serta geran untuk membikin filem lucah secara rasmi sepertimana Namewee.

Namun, ternyata segala sangkaan mereka salah sama sekali.   MCA malah DAP sendiri mendesak agar mereka dikenakan tindakan.  Manakala PKR tidak begitu keras dan sekadar menyatakan ‘tidak setuju’ dengan tindakan mereka.  Mungkin kerana Vivian merupakan rakan Nurul Izzah.

PAS pula terdiam sekejap mungkin terkejut apabila DAP mendesak mereka didakwa sedangkan PAS sudah bersedia untuk membela mereka demi DAP.

Alvin dan Vivian pastinya tidak faham kenapa tiada mana-mana pihak yang tampil membela mereka sepertimana anak-anak Cina lain yang melakukan kesalahan yang sama.   Apa bezanya mengajak umat Islam makan babi dengan beberapa posting di Facebook yang turut berbuat yang sama, cuma tidak meletakkan gambar sahaja?  Malah, ada posting yang lebih teruk lagi dengan menggelar Allah SWT dengan berbagai gelaran, begitu juga Rasulullah SAW.

Kenapa mengajak umat Islam makan babi lebih teruk dari menghina Allah SWT dan Rasulullah SWT? 

Persoalan ini tidak mungkin dapat dijawab oleh sesiapa melainkan oleh pihak yang menangkap dan mendakwa mereka.  

Apapun, pendakwaan mereka dii Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur adalah tepat.  Tidak mustahil jika DAP dan MCA turut membela mereka maka mereka tidak akan didakwa sama sekali.  

Sudah sampai masanya pihak yang menghina Islam ditangkap, didakwa dan dikenakan hukuman berat.

Kita sudah mendengar bagaimana negara lain tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang dengan sengaja menghina agama lain.  Ini kerana perbuatan sebegini mempunyai impak yang sangat besar kepada negara, dan seringkali membawa kepada rusuhan dan perang saudara yang tidak berkesudahan.   

Tidak kira sama ada negara tersebut adalah negara Islam atau tidak, semua negara melihat penghinaan terhadap Islam dan agama lain sebagai kes berat – kecuali Malaysia.  Hatta, negara China yang merupakan negara asal nenek moyang Alvin dan Vivian juga tidak mungkin akan melepaskan pesalah kes seperti ini dengan hukuman ringan.

Namun, itulah Malaysia, negara yang dituduh oleh kaum Alvin dan Vivian sebagai kejam, menindas minoriti serta zalim.

Dengan pendakwaan mereka, kita agar Alvin dan Vivian dikenakan hukuman yang amat berat sebagai pengajaran kepada semua pihak agar jangan dengan sengaja menyentuh sensitiviti agama lain. 

Jika mereka hanya menerima hukuman ringan maka ia bakal membawa risiko di mana rakyat mula mengambil tindakan sendiri selepas ini.  Dan jika ini berlaku juga, rakyat tidak ada pilihan selain percaya bahawa benarlah ada sesuatu yang ‘sangat tidak kena’ dengan pihak polis, sistem perundangan mahupun kerajaan.

Pendek kata, jika rakyat tidak puas hati dengan hukuman terhadap pasangan ini, maka bersedialah  untuk Malaysia yang tidak tenteram lagi.

Isnin, 1 Julai 2013

semburan-denggi

Kota Bharu: Perangkaan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan menunjukkan Johor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan tujuh kes sepanjang enam bulan tahun ini berbanding hanya satu kes tahun lalu.

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya pula masing-masing mencatat enam kematian, tetapi kes kematian di Selangor mencatat penurunan berbanding tahun lalu dengan 11 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata jumlah kes denggi mingguan yang dilaporkan sehingga minggu lalu adalah tertinggi tahun ini dengan melebihi tahap kritikal wabak iaitu 658 kes, meningkat 14 peratus berbanding kes minggu sebelumnya hanya 575 kes.

6 bulan 12,143 kes

“Bagi tempoh antara Januari hingga 22 Jun tahun ini, sebanyak 12,143 kes denggi dilaporkan berbanding 11,430 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, peningkatan sebanyak 713 kes atau 6.2 peratus.

“Lapan negeri menunjukkan peningkatan kes tahun ini iaitu Johor meningkat 88 peratus; Sarawak 58 peratus; Sabah 41 peratus; Negeri Sembilan 33 peratus; Perak 15 peratus; Kelantan tujuh peratus; Perlis dua peratus dan Selangor satu peratus," katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.

Dr S Subramaniam berkata, bagi memastikan tempat kediaman dan awam bebas dari pembiakan Aedes, Kementerian Kesihatan akan menjalankan Operasi penguatkuasaan undang-undang Kesihatan Awam (OPS GEMPUR) serentak di seluruh negara.

Katanya, tujuan utama operasi itu untuk menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi mencegah dan mengawal kes demam denggi yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Jika ditemui ada pembiakan aedes ketika pemeriksaan dijalankan, pemilik premis boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 mengikut Seksyen 25 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Jumaat, 28 Jun 2013

jonker-walk-cinabeng

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan tetap membuka laluan bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk di Jalan Hang Jebat di sini bermula Jumaat.

Anggota Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Ismail Othman berkata langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan negeri pada Rabu dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan lalu-lintas berdasarkan rungutan pelbagai pihak termasuk pelancong dan rakyat tempatan terutama di kawasan bandar pada hujung minggu.

Beliau berkata pembukaan laluan di sekitar Jonker Walk itu bagaimanapun tidak melibatkan penutupan gerai sedia ada di sepanjang pasar malam itu yang bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga Ahad.

"Perkara ini telah disalahertikan. Menutup dengan memberi laluan pada kenderaan adalah dua perkara berbeza. Bagi situasi ini kita masih benarkan mereka berniaga namun pada masa sama kita membuka laluan kepada kenderaan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata usaha itu diharap dapat mengurangkan kesesakan di kawasan bandar kerana penutupan laluan kenderaan di Jonker Walk sebelum ini menyebabkan kesesakan teruk di beberapa jalan seperti Jalan Bunga Raya dan Jalan Kampung Hulu sehingga ke Banda Hilir.

Mengulas lanjut, beliau menafikan pembukaan laluan bagi kenderaan itu bertujuan menganggu kira-kira 300 peniaga Cina yang telah berniaga selama 13 tahun di kawasan berkenaan.

Sebaliknya, Ismail berkata peniaga terbabit masih dibenarkan berniaga di pasar malam itu seperti biasa di bahu jalan atau kaki lima kedai mengikut ruang yang ada.

Beliau berkata anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, polis dan Rela akan ditempatkan di sepanjang laluan bagi membantu melancarkan perjalanan lalu-lintas.

Sebuah akhbar bahasa Cina pada Isnin memetik Idris sebagai berkata mesyuarat Exco pada 12 Jun lepas, memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat. - BERNAMA

Khamis, 27 Jun 2013

benjy-ditangkap

PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa dekat sini.

Utusan Online melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu pada Khamis di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," kata sumber polis.

Ahad, 23 Jun 2013

wanita-melayu-awang-hitam

NILAI – Serbuan Jabatan Imigresen di sebuah unit apartmen di Pangsapuri Seri Jasmin di Mantin dekat sini malam kelmarin membongkar rahsia seorang wanita warga tempatan yang bersekedudukan dengan teman lelakinya seorang warga Nigeria.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, wanita berusia 26 tahun itu didapati sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki warga Nigeria berusia 30 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan lelaki itu juga didapati tinggal lebih masa di negara ini.

Katanya, pihaknya menahan wanita yang berasal dari Selangor itu kerana disyaki melindungi teman lelakinya seorang warga asing.

“Semasa disoal siasat wanita itu mengaku lelaki warga Nigeria terbabit teman lelakinya dan mereka sudah tinggal di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.

“Wanita itu juga mengaku dia tertarik dengan layanan lelaki terbabit sehingga sanggup untuk tinggal serumah,” katanya di sini semalam.

Sumber: Kosmo

Selasa, 18 Jun 2013

laki-nepal-janda-anak-3
 
KLUANG - Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang.

Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja.

Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk membantu siasatan.

“Manakala, wanita tersebut  turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya,” katanya.
 
Sumber: Sinar Harian
main isteri orang

BESUT - Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan
Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.

Sumber: Sinar Harian

Sabtu, 30 Mac 2013

bank-negara-pantau
 
BACHOK: Bank Negara Malaysia sedang memantau pengaliran keluar wang melalui sempadan Sabah yang disyaki bertujuan membantu kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Katanya semua bank yang beroperasi di Sabah perlu melaporkan segera kepada bank pusat jika terdapat pengeluaran wang yang mencurigakan terutama dalam skala yang besar.

"Siasatan boleh dilakukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan akaun pengeluar boleh dibekukan jika mempunyai bukti," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara lebih terperinci seperti memerlukan pengeluar wang menyatakan alamat penghantaran dan sebab wang itu dihantar untuk membendung perbuatan yang cuba membantu musuh negara.

Awang Adek berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tokoh ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam yang berkata pengaliran keluar wang kepada pihak luar sukar dikesan melainkan proses itu dilaksanakan secara rasmi.

Ramon dilaporkan berkata proses itu sukar dikesan kerana pengaliran keluar wang boleh dilaksanakan dalam pasaran gelap mata wang iaitu aktiviti dagangan secara haram menerusi pos, dagangan akaun atau aktiviti penyeludupan.

Awang Adek berkata pihaknya tidak dapat menyekat jika pengeluaran wang dilakukan secara kecil-kecilan kerana ia bercanggah dengan dasar urusan perdagangan negara dengan antarabangsa.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya pengeluaran wang dilakukan dalam jumlah besar iaitu sekurang-kurangnya RM30,000, pihak bank boleh melaporkan kepada Bank Negara untuk diambil tindakan.

"BNM pula akan membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis bagi tujuan penyiasatan," katanya. - BERNAMA

Selasa, 26 Februari 2013


KLUANG -  Tidak serik-serik. Wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat, sekali lagi dicekup ketika sedang memadu kasih selepas meraikan majlis hari jadi di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, di sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, wanita berkenaan  sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang.

Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 1.15 pagi pasukan penguat kuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel.

“Apabila pintu dibuka hanya lelaki sahaja yang ada manakala si wanita menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain,” katanya.

Anuar berkata, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat.

“Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Operasi bersepadu itu berakhir sekitar jam 5 pagi dan  melibatkan lima daerah Jabatan Agama Islam Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, disertai tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang.

Sinar Harian

Rabu, 12 Disember 2012


KLUANG - Penduduk daerah Kluang hari ini secara rasmi menerima hospital baharu dikenali sebagai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, sempena nama bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim.
  
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata hospital bernilai RM390 juta itu mula beroperasi 30 Dis tahun lepas, bagi menggantikan hospital lama berusia 80 tahun yang tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk.
  
"Hospital baharu ini dibina di atas tapak seluas 16 hektar dan terletak kira-kira lapan kilometer dari hospital lama dan merupakan satu projek reka dan bina dengan dilengkapi 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggotanya," katanya.
  
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian hospital itu di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
  
Majlis perasmian hospital itu disempurnakan Enche' Besar Hajjah Khalsom Abdullah. Turut berangkat ke majlis tersebut Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Liow berkata hospital baharu itu mempunyai 798 anggota kesihatan terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan klinikal.
  
Hospital itu terdiri daripada dua blok bangunan utama yang menyediakan perkhidmatan sekunder dilengkapi dengan perkhidmatan teknikal, sokongan klinikal dan bukan klinikal.
  
Antara perkhidmatan yang ada di hospital baharu itu ialah unit rawatan pesakit luar yang meliputi klinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis; bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.
  
"Saya percaya yakin dan percaya dengan wujudnya hospital baharu ini status kesihatan penduduk Kluang akan terus meningkat, ditambah lagi dengan adanya kemudahan yang lebih canggih serta anggota kesihatan yang terlatih dan berdedikasi," katanya.
  
Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga amat gembira kerana mendapat pekenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar untuk membuat pengisytiharan nama hospital itu kepada nama baharu iaitu Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom - Bernama

Selasa, 11 Disember 2012


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan terdapat 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia bermotif politik.

Katanya dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13, selain cuba mencetuskan konflik kerana hanya membabitkan satu kaum.

"Mengapa dibawa sekarang, mengapa jumlah itu dibesarkan sehingga 300,000, ia merupakan jumlah yang tidak ada asas langsung," katanya kepada pemberita selepassesi Perjumpaan Menteri Bersama Peserta Kursus Outreach Top 5 Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional KDN, di sini, Isnin.

Katanya tindakan segelintir pemimpin pembangkang untuk berdemonstrasi di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara pada Rabu ini juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam usaha kononnya untuk menyelesaikan isu tersebut.

"...kalau betul 300,000 beri kepada kita, kita uruskan. Nak berdemonstrasi dan berkisar pada perkauman di mana satu kaum sahaja, saya tengok ada matlamat-matlamat tertentu," katanya.

Menurut Hishammuddin, melalui kempen MyDaftar yang dilancar khusus untuk menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri kaum India, sebanyak 9,529 mendapatkan borang permohonan dan 7,061 menyerahkan permohonan lengkap.

Daripada jumlah itu, 6,612 mendapat kelulusan dokumen pengenalan diri dan program tersebut masih berlangsung, katanya.

"Jumlah ini yang kita dapat dalam Program Mydaftar Kebangsaan yang dijalankan di sembilan buah negeri. Kalau tak jelas mereka (pembangkang) boleh datang jumpa kita," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 menafikan dakwaan pembangkang itu dengan menegaskan ia bertujuan mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan. - BERNAMA

Isnin, 10 Disember 2012


NUSAJAYA - Jabatan Agama Johor akan terus memantau gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu walaupun tidak menerima sebarang aduan mengenainya sehingga kini.
  
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata Jabatan Agama Johor sentiasa mengikuti perkembangan LGBT menerusi media massa selain turut menjelaskan isu itu melalui khutbah Jumaat di seluruh negeri.
  
"Jabatan Agama Johor merancang mengadakan seminar pendidikan dan penjelasan tentang penyelewengan LGBT kepada masyarakat Islam di negeri ini supaya mereka lebih memahami mengenainya," katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Ali (BN-Bukit Naning) pada persidangan dewan undangan negeri,  di sini hari ini.
  
Mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme pula, Zainal Abidin berkata Jabatan Agama Johor sukar mengesan penyebaran pengaruh fahaman tersebut melalui pemantauan yang dilakukan.
  
Bagaimanapun pihaknya percaya kemungkinan terdapat segelintir individu yang cenderung kepada fahaman terbabit melalui Facebook, laman sesawang lain mahupun berhubung secara terus dengan negara luar melalui media sosial Skype.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor Datuk Hoo Seong Chang berkata dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di Johor bagi memberi manfaat kepada masyarakat.
  
Menjawab soalan Datuk M. Munusamy (BN-Permas), Hoo berkata dua kedai tersebut adalah di Taman Pesona di Kluang dan Pasir Gudang, di sini.
  
"Sehingga kini lapan KR1M sudah dibuka di negeri ini yang membabitkan Taman Bukit Pasir di Muar; Pusat Perniagaan Square dan Kompleks Pekan Rabu di Johor Baharu; Kota Tinggi; Pontian; Taman Maju Jaya di Labis; Endau di Mersing dan Jalan Muafakat di Tangkak," katanya.
  
Menjawab soalan tambahan Ong Kow Meng (DAP-Senai), beliau berkata pembukaan KR1M yang kini berjumlah 85 buah di seluruh negara amat rasional bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat dan bukan gimik pilihan raya semata-mata.  - Bernama

Ahad, 2 Disember 2012


KUALA LUMPUR: Johor dan Negeri Sembilan antara tiga negeri yang kembali dilanda banjir dengan merekodkan jumlah mangsa sehingga pagi Ahad seramai 150 orang termasuk mangsa di Selangor.

Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sembilanmerekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 71 orang melibatkan 27 keluarga diikutidengan Selangor 58 orang melibatkan 17 keluarga manakala di Johor seramai 21orang melibatkan enam keluarga.

Portal MKN turut melaporkan banjir di Negeri Sembilan melibatkan kawasan diKampung Jimah Lama, Port Dickson dengan sebuah pusat pemindahan dibuka diSekolah Rendah Kebangsaan Jimah Lama.

Di Selangor banjir melibatkan kawasan di Jalan Kebun dan Bukit Changgang,Kuala Langat dan sebuah pusat pemindahan dibuka di Dewan Genting Sanyen, KualaLangat manakala di Johor melibatkan banjir di kawasan Kampung Spang Loi dan Kampung Awat, Segamat dengan sebuah pusat pemindahan dibuka di Balai Raya masing-masing, menurut portal itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk dibeberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang berjaga-jaga berikutanbacaan paras air sungai melebihi aras amaran.

Kawasan terbabit ialah sekitar Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar di Perak, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat di Johor, Empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera di Pahang.

Setakat 9.30 pagi ini, bacaan Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar 54.53 meter, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau 6.53 meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat 8.77 meter, Empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera mencatat 113.67 meter dan 34.10 meter iaitu masing-masing telah melebihi aras amaran - BERNAMA

Sabtu, 24 November 2012


SHAH ALAM - Sebanyak 2,020 ibu tunggal hari ini mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM10.9 juta yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak kesemua ibu tunggal berkenaan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.20 pagi ini.

Mereka selaku pihak plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP defendan pertama manakala Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri defendan kedua.

Dalam saman tersebut, plaintif mendakwa, defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk mereka untuk memberi elaun bulanan kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Menurut mereka, berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap ibu tunggal di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama.

Pihak plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto defendan pertama sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup mereka melalui elaun yang dijanjikan kepada ibu tunggal tetapi sehingga kini kerajaan negeri gagal mewujudkan satu skim untuk membayar elaun kepada ibu tunggal.

Dakwa mereka lagi, defendan kedua telah menyalahgunakan kuasanya apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan defendan pertama membuat bayaran kepada mereka dan golongan ibu tunggal di Selangor.

Oleh itu, pihak plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 2,020 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah RM10.9 juta daripada defendan pertama selain daripada kos.

Mereka juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor yang mempunyai garis panduan antaranya ialah bayaran elaun minimum adalah RM100 sebulan, mengadakan borang permohonan bayaran elaun ibu tunggal dan kaedah mendapatkan serta memulangkan borang permohonan.

Yang turut dituntut ialah suatu perintah yang mengkehendaki defendan pertama dan kedua melantik sebuah jabatan atau agensi defendan pertama menguruskan Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor.

Selain itu, pihak plaintif memohon deklarasi takrifan ibu tunggal ialah wanita berusia 18 tahun yang telah bercerai, balu, wanita pencari nafkah kepada keluarga, hidup berjauhan dari suami dan di dalam keadaan 'gantung tidak bertali'.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad yang mewakili pihak plaintif memberitahu pemberita, kesemua ibu tunggal itu datang dari 11 kawasan Parlimen iaitu Shah Alam, Tanjong Karang, Hulu Langat, Kota Raja, Klang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Jelasnya lagi, pada awal Disember depan dan penghujung tahun ini, dua lagi kumpulan ibu tunggal akan membuat tuntutan yang sama terhadap kedua-dua defendan.

Murtini pula berkata, beliau mewakili ibu tunggal seluruh Selangor berasa kecewa dengan kerajaan Selangor yang hanya memandang mudah janji yang telah mereka nyatakan dalam manifesto PRU-12 empat tahun lalu.

"Abdul Khalid jangan menganggap ibu tunggal sebagai insan yang lemah, tidak berpengetahuan dan boleh terus dibohongi," ujarnya.

Jumaat, 23 November 2012


JOHOR BAHRU – Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan.

Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi
semalam.

Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan.

Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air.

"Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu.

“Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk.

"Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini, namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah,” katanya pada sidang media, semalam.

Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk.

“Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa.

"Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan  tidak munasabah.

“Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja.

“Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik. Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, dia akan membantu membawa perkara itu kepada pihak berkaitan malah mendakwa isu pampasan pernah diutarakan kepada Kerajaan Negeri, namun tiada reaksi diterima.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi berkata, seramai 15 orang termasuk kontraktor ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Manakala lima yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Sabtu, 3 November 2012


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam perlu diambil perhatian kerana membabitkan ajaran Islam yang salah.

Beliau berkata, ajaran itu sudah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru ia tidak sepatutnya dihidupkan kembali.

"Ini diputuskan oleh Majlis Fatwa kita tidak lama dahulu, diharamkan. Tapi masih ada bunga-bunga (untuk aktif semula)... masih nak teruskan walaupun tidak atas nama Al-Arqam.

"Seperti yang disebut menteri bertanggungjawab di Jabatan Perdana Menteri, ini adalah sesuatu yang kita perlu ambil perhatian sebab ia adalah ajaran salah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas usaha menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam dengan penganjuran konsert khas di Rawang, Khamis lalu.

Dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada majlis itu, 16 individu turut ditahan termasuk seorang pemimpin pembangkang. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan bon mahkamah semalam.

Mengulas pembabitan anggota pembangkang itu, Muhyiddin berkata: "Ini soal hukum, soal akidah. Tak kira siapa yang terbabit, kalau dia orang Islam, itu satu kesalahan. Sesuatu yang tidak harus dilakukan."

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri enggan mengulas dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan usahawan balak, Michael Chia.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat hukuman awal hanya kerana ada pihak yang membuat tuduhan.

"Banyak pihak yang dituduh tapi akhirnya terbukti tak buat kesalahan dan diputuskan oleh mahkamah juga. Jangan mudah buat' judgement' awal sebelum ia diputuskan pihak berwajib. Ia mesti dilihat secara prinsip, kebertanggungjawaban dan undang-undang," katanya.

Tegasnya mana-mana pihak yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara boleh mengemukakannya kepada pihak bertanggungjawab supaya langkah susulan boleh diambil-BERNAMA