Terkini

Khamis, 24 Mac 2016

Deposit Serendah RM1 Bagi Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor

yayasan-sultan-ibrahim

JOHOR BAHRU : Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah di Johor memiliki rumah sendiri, satu jalinan kerjasama antara Yayasan Sultan Ibrahim dan Bank Rakyat telah ditandatangani hari ini.

Menerusi kerjasama strategik ini, Bank Rakyat akan memperuntukkan RM500 juta bagi pembiayaan 6,000 rumah mampu milik di Johor pada kadar yang kompetetif dan menarik bagi golongan berpendapatan rendah.

Pengerusi Bank Rakyat, Jen (B) Tan Sri  Abdul Aziz Zainal berkata, skim ini menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus di mana peminjam yang layak hanya perlu membayar deposit pembelian serendah RM1 bagi tempahan rumah mampu milik.

Jelas beliau lagi, kelayakkan bagi mendapatkan skim pembiayaan itu akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pelancaran Model Menara Bank Rakyat Johor yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, serta Speaker Dewan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz.
« PREV
NEXT »

13 ulasan

  1. Slm..sy berumur 28 tahun.masih bujang.adakah saya layak untuk memohon rumah yg deposit rm1 ini..?bagaimana caranya..saya bekerja sebagai cashier di sebuah restoran ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam..

      Insha Allah berpeluang..kebiasaanya keutamaan akan diberi kepada yang sudah berkeluarga..

      Boleh mohon dengan bank rakyat..Tapi rasanya kaunter pendaftaran belum dibuka lagi..

      Padam
  2. assalamualaikum....saya berumur 32 tahun...suami saya 37....saya suri rumah...dan hanya suami yang kerja...pun kerja sendiri...mcm ne nk mohon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila dapatkan maklumat lanjut di Bank Rakyat

      Padam
  3. Balasan
    1. Sila dapatkan info di Bank Rakyat..Terima kasih.

      Padam
  4. Kalau dah bankrup boleh mohon ke?

    BalasPadam
  5. Kalau dah bankrup boleh mohon ke?

    BalasPadam
  6. Kalau dah bankrup boleh mohon ke?

    BalasPadam
  7. As Salam, nk tanya mcm ne nak mohon dan bila open untuk permohonan.
    saya asal johor tp bekerja di Perak, layak ke memohon. TQ

    BalasPadam
  8. Assalam macam mana nak memohon..bukan wrga johor layak ke memohn

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.