Disediakan oleh
Kluang Today
11:58:00 PTG
-
2
Ulasan
Bekas pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3, Sharifah Haslinda dan suaminya yang juga Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilaporkan akan bercerai dalam masa terdekat.
Sebutan dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi dekat sini kira-kira pukul 3 petang Isnin.
Bagaimanapun, Haslinda atau lebih mesra dipanggil Lynn hanya mewakilkan peguamnya untuk prosiding kes penceraianya. Mahkamah telah menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Ketika dihubungi wartawan yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang gosip penceraianya, isteri kedua ahli parlimen Kepala Batas itu seolah-olah cuba mengelak dengan alasan tidak mengetahui mengenai kes berkenaan.
Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Reezal Merican pada 2005. Sepanjang perkahwinaya, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.
HARGA ROKOK DINAIKKAN SECARA MELAMPAU SEBNAYAK RM3.20, DARI RM13.80 KEPADA RM17.00. KENAIKAN TERTINGGI INI TIDAK MASOK AKAL, TIDAK PERNAH BERLAKU DI DLM MANA2 PIMPINAN UMNO/BN SEBELUM INI.
BalasPadamTERIMA KASIH KPD KERAJAAN NAJIB, KERANA KERAJAAN NAJIB SUDAH TIADA IDEA UNTUK MENJANA PENDAPATAN NEGARA.
DI SINI DAN DI MANA-MANA PON, TIDAK ADA LAGI PENGUNDI/PEMINAT/PENYOKONG UMNO/BN.
JUMPA LAGI DI PRU-14.
SEKIAN TERIMA KASIH.
Terima kasih kerana sudi meluahkan pendapat di sini. Berhubung komen Tuan itu, nampaknya Tuan amat bergantung hidup pada rokok..
PadamMaaf sekiranya Tuan merasa tersinggung dengan komen balas ini.