Terkini

Selasa, 10 November 2015

Ismail Sabri Beri Dorongan Anak Muda Hisap Vape

Ismail-Sabri-Yaakob-Vape

Sebagai memenuhi aspirasi anak muda dan niat yang suci untuk membantu usahawan Melayu dalam insdustri Vape, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berharap supaya penjualan vape akan terus dibenarkan tetapi tertakluk kepada peraturan yang akan ditetapkan.

Beliau berkata pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah satu petunjuk bahawa vape tidak akan diharamkan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya, Ismail Sabri berharap agar usahawan muda dalam industri vape akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melebarkan sayap perniagaan mereka.

Pada masa yang sama, beliau berharap agar pengusaha vape perlu lebih kreatif dalam menghasilkan perisa yang baik dan berkualiti tanpa menggunakan bahan campuran terlarang.

couple-vape

Beliau turut menyeru kepada pengguna vape dan peniaga produk tersebut untuk lebih beretika dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Pada Ahad lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan dan Sirim Bhd bagi merangka garis panduan dan penyelerasan harga untuk e-rokok itu.

Jelas beliau lagi, kementerian tidak bercadang untuk menyekat pengimportan vape ke dalam negara namun kerajaan harus memberi perhatian dari segi keselamatan dan kesihatan pengguna.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.