Terkini

Selasa, 10 November 2015

Parti Amanah Negara Sedia Rampas Kelantan Dari PAS

mat sabu amanah negara

Melihat pada keadaan PAS yang semakin ditolak rakyat, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) sudah bersedia menggantikan PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mohamad Sabu yang juga Presiden parti itu berkata tawaran yang dibuat kepada rakyat Kelantan itu kononya bertujuan untuk "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, Mohamad, atau lebih mesra disapa Mat Sabu tidak mahu tergesa-gesa berbuat demikian kerana mahu melihat sejauh mana sambutan dan sokongan rakyat Kelantan terhadap Parti Amanah Negara.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi ceramah di Kampung Padang Embun malam Isnin, Mat Sabu menjelaskan bahawa parti Amanah pada masa ini sedang memberi tumpuan untuk menambahkan keahlian parti di seluruh negara  bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Tambah beliau, perbingcangan secara terperinci mengenai kerusia mana parti itu akan bertanding di Kelantan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berlaku tidak lama lagi, kami akan cuba  mendapatkan beberapa buah kerusi di sana, ujar beliau.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Mat Sapu panndai betul buat lawak. Bodoh.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah Mat Sabu yang kita semua kenali..nak buat macam mana..

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.