Disediakan oleh
Kluang Today
3:07:00 PTG
-
0
Ulasan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Jamil Khir Baharom dalam satu kenyataan telah menetapkan tempoh 24 jam bagi menuntut Pengarah National Oversight and Whistleblower (NOW), Akamal Nasir dan portal berita pro Pembangkang, The Malaysian Insider (TMI) supaya memohan maaf secara terbuka dan menarik semula segala fitnah jahat terhadap dirinya.
Amaran tersebut terpaksa dibuat ekoran dakwaan yang mengatakan beliau telah menyeleweng duit anak yatim dan orang miskin yang disumbang oleh orang ramai kepada badan tersebut bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama keluarga termasuk bermain golf dan membeli belah tahun lalu.
Menurut Jamil Khir, kesemua tuduhan berbentuk fitnah jahat itu menyimpang dari fakta sebenar, dan ia dilakukan serta dirancang untuk memburuk dirinya serta institusi Islam yang telah banyak membela nasib rakyat.
Jamil Khir berkata, jika mereka tidak manarik balik fitnah tersebut dan memohon maaf secara terbuka, pihaknya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas dengan mengemukakan saman fitnah dan malu melalui penguamnya kerana tindakan (fitnah) ini benar-benar telah menjatuhkan meruah dan kredibilitinya.
TMI melaporkan perbelanjaan perjalanan Jamil Khir bersama isteri dan rombongan ke Amerika Syarikat pada tahun lalu dengan menggunakan duit anak yatim hasil derma orang ramai melalui potongan gaji di bawah kendalian Yapeim.
Portal pro Pembangkang itu memetik kenyataan Akmal Nasir yang menyebut kos rombongan menteri JPM itu ke luar negara pada 21 hingga 29 Mei tahun lalu telah menelan belanja melebihi RM400,000.
Bagaimanapun, Jamil Khir menjelaskan bahawa tiada apa yang perlu disebunyikan kerana sudah menjadi sebahagian daripada tugas dan tanggunjawabnya sebagai menteri di JPM untuk memenuhi jemputan rasmi mana-mana pihak apatah lagi yang dianjurkan oleh angensi-angesi di bawah jangaanya.
Beliau turut menegaskan bahawa dirinya sentiasa terbuka dan bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya untuk disiasat oleh mana-mana pihak berkuasa sekiranya ia dapat merungkai segala dakwaan dan fitnah jahat yang dileparkan Pembangkang.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.