Disediakan oleh
Unknown
10:40:00 PTG
-
0
Ulasan
Yakin dan tidak gentar dengan tindakan saman yang bakal dikenakan ke atas dirinya, Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir hari ini dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang permohonan maaf seperti yang diminta.
Berdasarkan bukti yang diyakininya sahih seratus peratus bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terlibat menyeleweng duit anak yatim, Akmal Nasir dalam nada angkuh mempersoal mengapa dirinya pula perlu meminta maaf.
Semalam, Jamil Khir memberi tempoh selama 24 jam kepada Akmal untuk meminta maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mengaitkan beliau dengan dakwaan salah guna wang yayasan kebajikan.
Pada sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi hari ini, Akmal yang juga Ketua PKR Johor Bahru turut menjelaskan bahawa Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berhak untuk menyamannya selepas tempoh 24 jam yang diberikan berakhir.
“(Saman) itu hak beliau. Saya dedahkan untuk membela pencarum-pencarum Yapeim (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia). Mereka mencarum mungkin RM5, RM10 sebulan,” ujarnya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.