Terkini

Khamis, 5 Mei 2016

Helikopter Bawa Orang Kenamaan Hilang Dari Radar di Sarawak

azharuddin-helikopter

KUCHING : Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan sebuah helikopter yang dipercayai membawa berapa orang kenamaan hilang daripada radar di Sarawak.

Dua Ahli Parlimen termasuk seorang timbalan menteri persekutuan dipercayai berada di dalam helikopter tersebut.

Menurut beliau ketika dihubungi berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

“Kes ini kami klasifikasikan sebagai hilang perhubungan. Sepatutnya helikopter berkenaan perlu menghubungi DCA sekitar pukul 5 petang apabila melalui lokasi tertentu bagi melaporkan kedudukan.

“Tapi DCA tidak menerima apa-apa panggilan. Cubaan kita menghubungi mereka juga negatif,” jelas beliau.

Sehubungan itu Azharudin berkata pihaknya telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.26 petang Khamis.
vip-heli-missing-sarawak

Berikut adalah diantara nama-nama orang kenamaan yang dipercayai menaiki helikopter tersebut, antaranya YB Dato’ Noriah Kasnon, Tuan Asmuni bin Abdullah, Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ahmad Sobri bin Harun.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan. Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira pukul 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.