Terkini

Ahad, 8 Mei 2016

DAP, PKR Perlukan PAS Untuk Hadapi PRU14

Pakatan-Harapan-DAP-PAN

KUALA LUMPUR : Selepas mengalami kekalahan memalukan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, Pakatan Harapan melalui wakilnya cuba memujuk PAS kembali bersekongkol bersama mereka.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini merayu PAS untuk kembali bersama DAP, PKR dan PAN sebagai satu pasukan bagi menghadapi PRU14 yang berbaki dua tahun lagi.

Beliau menyeru semua anggota parti pembangkang supaya bermuhasabah atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang jelas menunjukkan bahawa rakyat negeri itu menolak Pakatan Pembangkang secara total.

Dalam pada itu, Azmin turut meminta PAS, DAP dan PAN agar dapat bekerjasama dan melupakan sementara sengketa di antara mereka dan perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan.

Bagaimanapun, menurut pemerhati politik, pujukan Azmin itu memberi gambaran bahawa DAP dan PKR masih memerlukan PAS untuk menggerakkan jentera pilihan rayanya. Tanpa peranan yang dimainkan PAS, pembakang bakal berdepan laluan sukar untuk menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. Pas dan Amanah tewas di semua kerusi yang ditandingi.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.