Terkini

Rabu, 13 April 2016

TMJ Cabar FAM, KJ Berbahas Mengenai Isu Bola Sepak Negara

tmj-debat-fam

JOHOR BAHRU : Penat dan bosan melayan karenah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan wakil FAM, Datuk Ong Kim Swee untuk berbahas mengenai kemerosotan pasukan bola sepak tanah air.

Selain itu, Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia B Sathianathan turut dicabar berada di pentas yang sama jika mereka berani.

Tunku Ismail turut menggesa Astro untuk mengadakan siaran langsung di televisyen tentang sesi perbahasan itu bagi membicarakan tentang prestasi buruk pasukan bola sepak kebangsaan serta tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan selepas ini.

Sekiranya program debat ini menjadi kenyataan, TMJ turut mahu penyokong bolas sepak negara diberi peluang menyuarakan pendapat  dan bertanyakan apa sahaja soalan mengenai isu bola sepak negara.

Sebelum ini, Tunku Ismail dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan daripada Khairy yang mengatakan bahawa pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata pihaknya bersetuju pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti namun dalam hal ini mereka tidak sewajarnya disalahkan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.