Disediakan oleh
Kluang Today
10:22:00 PG
-
0
Ulasan
JERTIH : Umat Islam tidak boleh mengkritik dan menjauhi orang bukan Islam yang tidak mempercayai kewujudan Allah dan agama Islam, sebaliknya perlu memberikan penjelasan tepat yang akhirnya boleh mengubah salah faham itu.
Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, berkata menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menjelas dan membuktikan bahawa Islam bukan agama yang kejam seperti anggapan dan persepsi segelintir pihak.
Katanya, ada tiga jenis orang yang tidak mempercayai kewujudan Allah. Pertama, orang yang langsung tidak mempercayai kewujudan Allah.
Kedua, orang yang tidak pasti Allah itu wujud dan ketiga, orang yang tahu Allah itu wujud, tetapi tidak dapat membuktikan kewujudan Allah.
"Ramai orang yang salah faham mengenai kewujudan Allah dan kesyumulan Islam. Sebagai orang Islam, kita perlu maafkan golongan ini dan bantu beri penjelasan yang boleh meyakini mereka bahawa Allah itu wujud.
"Banyak ciptaan Allah di dunia ini yang boleh membantu kita memberi penjelasan dan membuktikan kewujudan-Nya," katanya pada syarahan umum bertajuk `Adakah Allah Wujud' di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut di sini.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.