Disediakan oleh
Kluang Today
10:21:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR : Stesen televisyen tempatan diminta membatalkan rancangan untuk menyiarkan secara langsung debat mengenai isu tanah Taman Manggis kerana kes tersebut sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jika debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibenarkan, maka ia akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.
"@PDRMsia setuju dengan @SPRMMalaysia, debat banglo-Manggis di batalkan. Siasatan PDRM masih berjalan. Saksi-saksi utama termasuk YAB Ketua Menteri belum dipanggil," katanya dalam twitter terbarunya pada Jumaat malam.
Khalid berkata: "@PDRMsia minta semua stesen TV hentikan rancangan ini sebelum kes selesai."
Beliau berkata, sekiranya Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu, mempunyai sebarang bukti mengenai kes penjualan tanah itu di Pulau Pinang, beliau sepatutnya menyerahkannya kepada pihak polis atau SPRM dengan secepat mungkin untuk disiasat.
Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) menyatakan kesediaan menyiarkan secara langsung debat antara Abdul Rahman dan Lim mengenai isu berkenaan di saluran televisyen masing-masing.
Abdul Rahman sebelum ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd. - Bernama

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.