Terkini

Selasa, 19 April 2016

Mahathir Arah Mahkamah Beku Semua Harta Najib

Mahathir-Anina-Khairuddin

KUALA LUMPUR : Setelah melihat keadaan semakin sukar untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad terpaksa melancarkan satu lagi serangan ke atas perdana menteri itu dengan menggunakan saluran Mahkamah.

Dr Mahathir Mohamad bersama dua lagi penyokong tegarnya dilaporkan telah mengemukakan permohonan supaya Mahkamah Tinggi membekukan semua aset milik Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk akaun bank dan pemilikan saham.

Mereka mahu mahkamah menghalang Perdana Menteri daripada memindahkan atau mengurangkan aset termasuk tanah, wang tunai atau pemilikan saham sama ada atas nama beliau atau milikan bersama yang didakwa bernilai RM2.6 bilion.

Ketiga-tiga individu terlibat juga mahu mahkamah mengarahkan Najib untuk menyatakan dengan terperinci semua asetnya dalam bentuk afidavit bersumpah yang difailkan ke mahkamah.

Menerusi permohonan itu, ketiga-tiga mereka mendakwa Najib menyalahgunakan pejabat awam dan tidak melaksanakan tugas hakiki sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional serta Presiden Umno.

Mereka juga mahu Mahkamah Tinggi memerintahkan Perdana Menteri supaya membayar RM2.6 bilion kepada kerajaan sebagai ganti rugi dan tambahan RM42 juta kerana ganti rugi tambahan.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Apakah perkataan memohon Dan mengarĂ h mempunyai maksud yg sama? Mari kita tanya kat budak sekolah tadika apa jawapannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak tadika pasati akan jawab mcm ni..

      Terpulang pada siapa org yg mengungkap atau melakukanya...

      Siapa berani langgar arahan bekas pm yang kononya sudah berjasa selama 22 tahun?

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.