Disediakan oleh
Unknown
11:22:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR : Dunia sukan pemotoran negara hari ini dikejutkan dengan kejayaan Khairul Idham Pawi merangkul trofi juara Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Argentina awal pagi Isnin.
Khairul, berusia 17 tahun yang mewakili Honda muncul pelumba pertama negara menaiki podium kejuaraan motosikal dunia selepas mendominasi saingan perlumbaan itu.
Menurut beliau, keadaan jentera yang sangat mantap dan kerjasama dari rakan sepasukan telah memberi semangat serta keyakinan untuk terus bersaing sehingga ke garisan penamat.
“Saya sangat gembira dengan kejuaraan kali pertama ini.
“Saya mencuba yang terbaik dan kekal fokus untuk terus mendahului pelumba-pelumba lain.
“Keadaan jentera yang sangat memuaskan telah memberi saya keyakinan untuk terus bersaing,” jelas Khairul Idham kepada motoGP.com selepas perlumbaan.
Biarpun deadaan trek perlumbaan yang basah, ia tidak menjadi halangan kepada beliau untuk terus memecut meninggalkan rakan sepasukan Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba Afrika Selatan mewakili pasukan KTM, Brad Binder denga kelebihan masa 26 saat.
Pelumba pasukan Honda Team Asia itu yang bermula di petak ketujuh, mempamer aksi tunggangan bergaya dan dan berjaya memukau penonton apabila mendominasi saingan sejak awal perlumbaan.
Sementara itu, Niccolo Antonelli dari pasukan Ongetta-Rivacold yang kini mendahului kedudukan keseluruhan pelumba, hanya menamatkan saingan di tempat ke-10, kelebihan tiga saat di atas seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) yang berada di tempat kesebelas.
Manakala rakan sepasukan dari Johor, Adam Norrodin yang berada dikedudukan kedua disaat akhir perlumbaan terbabit dengan kemalangan namun beliau bernasib baik kerana berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok sepuluh terbaik.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.