Disediakan oleh
Unknown
7:01:00 PTG
-
0
Ulasan
PUTRAJAYA : Pembohongan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung skandal penjualan tanah Taman Manggis terbongkar setelah bukti Perjanjian Jual Beli (S & P) tanah tersebut didedahkan kepada media hari ini.
Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan media berkata, pendedahan beberapa dokumen penting ini dibuat bagi menyangkal kenyataan Lim Guan Eng yang sebelum ini menafikan bahawa tanah itu telah dijual kepada pihak ketiga.
Dua dokumen yang didedahkan Abdul Rahman itu ditandatangani dan perjanjian jual beli disetem pada 11 November 2015. Harga pembelian bagi transaksi itu yang dinyatakan adalah RM70,643,628.
Bagaimanapun, nama syarikat yang membeli saham berkenaan dipadamkan daripada dokumen bertarikh 11 November, 2015 yang diedarkan kepada media hari ini.
Beliau berkata, dalam mana-mana projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, pertukaran hakmilik bagi sesebuah syarikat yang dianugerahkan projek mesti memaklumkan kepada kerajaan negeri dan diluluskan, sebelum jualan boleh diteruskan.
Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan Pulau Pinang telah dimaklumkan dengan sewajarnya ini dan seterusnya memberikan kelulusan, atau sama ada fasal ini telah dipadam dalam perjanjian di antara kerajaan negeri dan KLIDC.
Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk tindakan lanjut.
Tanah di Taman Manggis itu seluas 4.937 ekar (1.99 hektar) diperuntukkan untuk pembinaan PPRT yang mana sebanyak 2.872 ekar (1.162 hektar) telah dibangunkan untuk projek itu, manakala selebihnya sepatutnya digunakan untuk pembangunan projek sama bagi fasa kedua.
Bagaimanapun, tanah selebihnya itu kemudiannya telah dijual kepada KLIDC yang pada awalnya bercadang untuk membina sebuah rawatan swasta sahaja namun ditukar kepada pembinaan pusat rawatan swasta berserta lot komersial.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.