Terkini

Ahad, 3 April 2016

Mesti Baca!..Berani Buat Beranilah Tanggung

buku-kadi-kluang

Setelah sekian lama berehat dari membuat kerja-kerja menulis ulasan (review) mengenai buku-buku novel dan buku rujukan berbentuk ilmiah, terasa agak kekok sedikit bila  diminta untuk menulis semula.

Namun, atas permintaan  seorang sahabat iaitu suadara Ustaz Mohd Khalil yang beriya-iya sangat mahu penulis membuat ulasan mengenai bukunya, tak kira kekok macam mana pun tetap digagahi jua.

Chayukk!! Malaysia Boleh!!

Berani Buat Beranilah Tanggung...membaca judulnya sahaja sudah cukup membuatkan kita tertanya-tanya apa agaknya cerita menarik, syok dan mengasyikan yang terkandung di dalam buku ini.

Buku ini bukan seperti buku biasa yang selalu kita baca. Ia adalah sebuah buku kompilasi mengenai kisah hidup dan ragam masyarakat termasuk masalah rumah tangga, sosial remaja yang diadaptasi dari kisah benar dan juga pengalaman yang dilalui seorang Pegawai Tadbir Agama (Kadi) Daerah Kluang ketika menjalankan tugasnya.

Antara kisah-kisah yang berjaya mencuit hati penulis apabila membaca buku ini ialah  'WhatsApp Punya Hal', 'Ini Bateri Keleta Lu Angkat La', 'Hari-Hari Nak Lauk Sedap' dan banyak lagi. Serius menarik dan lucu.

Buku setebal 314 muka surat yang mengandungi 50 kisah masyarakat ini pada penulis, sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur mahupun gander kerana ia mampu memberi teladan serta pengajaran kepada kita dalam menghadapi dugaan hidup di hari-hari yang mendatang.

Ada ketikanya, membaca keseluruhan kisah atau ragam manusia yang ditulis dalam buku ini, ia juga mampu membuatkan kita tersenyum sendirian seolah-olah sedang mengalaminya atau berada di tempat kejadian.

Memang berbaloi dan tidak rugi sekiranya memiliki buku ini. Ianya juga sesuai untuk dijadikan hadiah kepada teman-teman untuk mereka memhami perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak dan yang  ditegah oleh agama.

Itu sahaja yang sempat penulis ulas mengenai buku berjudul Berani Buat Beranilah Tanggung hasil tulisan Kadi Daerah Kluang. Semoga Ustaz akan terus menulis dan menghasilkan lebih banyak buku berbentuk ilmiah dengan gaya penyampain yang santai pada masa akan datang agar ia dapat memupuk semula budaya ilmu dan amalan membaca di kalangan generasi muda hari ini.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.