Terkini

Isnin, 11 April 2016

Dr Mahathir Nafi Pernah Minta Campur Tangan Asing

mahathir-pihak-asing

KUALA LUMPUR : Setelah mendapat kritikan rakyat Malaysia, Dr Mahathir hari ini tampil menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan mahu pihak luar mencampuri urusan dalaman negara ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar Australia, The Weekend Australian baru-baru ini.

"Saya tak minta campur tangan luar. Saya katakan bahawa semua saluran untuk menyatakan kebenaran di negara ini telah disekat oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum Pembinaan Negara Bangsa Melalui Pendidikan di Muzium Kesenian Islam di sini, Isnin.

Bagaimanapun, mantan perdana menteri itu menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti bercakap kepada media asing tentang apa jua perkara yang berlaku di negara ini selagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak tidak melepaskan jawatanya.

Dr Mahathir dalam wawancara dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, berkata bahawa harapan supaya Najib selaku Perdana Menteri berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Melayu mudah lupa, maknanya dia dah lupalah tu...

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.