Terkini

Isnin, 11 April 2016

Dr. Zakir Naik Terkejut Yuran Pengajian Perubatan Di Malaysia Hanya RM3,600



KUALA TERENGGANU : Niat seorang pelajar jurusan perubatan yang cuba memalukan kerajaan dengan pertanyaan provokasi berhubung isu yuran pengajian universiti tempatan mahal di negara ini dihadapan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik akhirnya terkena pada diri sendiri.

Dr. Zakir Naik dalam satu sesi tazkirah anjuran kerajaan negeri Terengganu berkata, yuran pengajian perubatan di Malaysia sangat murah jika hendak dibandingkan dengan negara lain di dunia ini.

Menurut beliau, untuk memberi latihan kepada pelajar perubatan kerajaan terpakasa membelanjakan wang yang banyak sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Tambah beliau, kebanyakan negara di dunia ini, kolej atau universiti milik kerajaan hanya mengenakan caj yang rendah untuk pengurusan selebihanya termasuk yuran pengajian ditanggung oleh pelajar itu sendiri.

zakir-naik-mahasiawa-medic.jpg

"Kebiasaannya kebanyakan negara di dunia ini , kolej-kolej kerajaan akan mengenakan caj yang sedikit untuk pengurusan .

Ini datang daripada kuota sokongan kerajaan. dan saya percaya walau kerajaan malaysia sekalipun, ada sesetengah pusat latihan mengenakan caj kapasiti kiranya anda tidak mendapat merit yang disyaratkan .

Begitu juga dgn di india. jika anda tidak mendapat merit yg disyaratkan dan tidak mendapat score yg diperlukan dalam fizik, biologi, dan sebagainya, masalah nya atas diri kita sendiri. bukan atas kerajaan.

Jadi jika saya pergi ke kolej kerajaan sekalipun, itu adalah fakta bahawasanya kerajaan tidak memberi subsidiari kepada kolej swasta, kerajaan hanya memberi subsidi kepada kolej kerajaan. itu lah yang berlaku di India ." ujar beliau ketika mejawab pertanyaan hadirin yang hadir.

Dalam pada masa yang sama juga, beliau turut mencabar mahasiswa tersebut supaya mencari kolej atau mana-mana universiti di dunia yang menawarkan yuran pengajian  kurang dari RM3,600 seperti yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia hari ini.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. maluuu...kesiannn..perasan cerdik la sangat...english pun berterabur...nak malukan kerajaan la kunun, akhirnya kemalu maluan sendiri....balik belajar bagi pandai la dulu dik non oooii...

    BalasPadam
  2. bakal doctor ke tu ...
    anak makcik jual nasi lemak kat simpang rumah saya pun lagi bagus English nya ... malangnya dia cuma sampai PT3 jer .. keluarga miskin .. adik beradik ramai

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.