Disediakan oleh
Kluang Today
5:49:00 PTG
-
0
Ulasan
JOHOR BAHRU : Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique hari ini menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan dirinya dalam komplot menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut Ahli Parlimen Tenggara itu, dakwaan berkenaan sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi beliau serta nama baik menteri besar.
"Cerita wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor adalah tidak betul. Kami sebagai timbalan menteri dari Johor membawa mandat negeri ke peringkat pusat dan menjalankan tugas demi rakyat Johor.
"Malah, kami sebagai rakyat Johor taat kepada Raja dan kepemimpinan Johor yang diketuai Mohamed Khaled. Saya berpendapat dakwaan kononnya mahu menjatuhkan beliau (Mohamed Khaled) sengaja ditimbulkan bagi mengelirukan rakyat negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran skim perumahan mampu milik swasta (MyHome) Bandar Dato' Onn di sini, hari ini.
Baru-baru ini, tersebar dakwaan seorang ahli UMNO Sri Gading mendakwa wujudnya konspirasi untuk menyingkirkan Mohamed Khaled.
Halimah berkata, kepemimpinan Mohamed Khaled nyata membawa pelbagai pembaharuan dan kemajuan bukan saja kepada Johor, malah keseluruhan rakyat negeri ini.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.