Terkini

Isnin, 28 Mac 2016

Tiada Penambahan Kuota Jemaah Haji Malaysia Bagi Tahun Ini

jemaah-haji-malaysia

KUANTAN : Kuota jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal sebanyak 22,320 orang seperti tahun lalu, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Ismee Ismail.

Beliau berkata perkara itu diputuskan kerajaan Arab Saudi pada mesyuarat Menteri Haji pada dua bulan lalu, yang dihadiri beliau bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Saya yakin mereka (Arab Saudi) membuat keputusan ini berdasarkan perkiraan mereka mengenai pembinaan di Masjidil Haram di Makkah yang masih berjalan selain mengambil kira keselamatan dan keselesaan jemaah haji," katanya.

Ismee berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan zakat perniagaan TH berjumlah RM2.78 juta bagi tahun 2015 kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Istana Abdul Aziz di sini, Isnin.

Majlis itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang Dipertua MUIP.

Kuota sebanyak 22,320 orang itu bermula sejak 2013 ekoran keputusan kerajaan Arab Saudi mengurangkan 20 peratus daripada jumlah 29,700 jemaah yang dibenarkan sebelum ini, ekoran kerja perluasan dan pembangunan di Masjidil Haram.

Sumber
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.