Disediakan oleh
Kluang Today
9:29:00 PG
-
0
Ulasan
SIBU : Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat, khususnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini mula mendapat tumpuan di peringkat antarabangsa dengan beberapa negara mula mengguna pakai kaedah sama.
Terbaharu, Kerajaan Kanada di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Pierre Trudeau turut memulakan projek rintis sama dengan memberikan cek bulanan kepada golongan kurang berkemampuan di negara berkenaan.
Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perkembangan itu jelas memperlihatkan Malaysia lebih ke hadapan dalam penyediaan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat.
"Di Malaysia, kita memberikan bantuan ini (BR1M) untuk tahun keempat dan memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Warga Emas di Hotel RH, di sini, semalam.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.