Disediakan oleh
Kluang Today
8:47:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, semua pimpinan Umno bahagian negeri itu bersetuju dengan tindakan memecat mana-mana pemimpin parti yang bersekongkol dengan Pembangkang dalam usaha mengguling Perdana Menteri.
Beliau berkata keputusan itu dicapai pihaknya menerusi 'Deklarasi Kelantan' sebagai ikrar taat setia kepada presiden parti.
Tambahnya, dalam deklarasi tersebut turut dinyatakan juga sokongan dari semua ketua bahagian Umno negeri ini yang sependapat mahu Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin segera dipecat keahlianya.
Beliau mengulas tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menghadiri Kongres Rakyat anjuran pembangkang di Shah Alam, pada Ahad lepas.
Mustapa juga mengesahkan bahawa veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah turut menandatangani deklarasi, sekali gus menyatakan sokongan kepada usaha mempertahankan kepimpinan Najib.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.