Terkini

Khamis, 31 Mac 2016

Rakyat Johor Diseru Pelajari Ilmu Agama Melalui Pengajar Bertauliah

Sultan-Ibrahim-Johor

JOHOR BAHRU : Rakyat negeri Johor diseru supaya mepelajari ilmu agama melalui ustaz atau ustazah yang diberi tauliah dan merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, ia perlu bagi mengelakkan rakyat Johor tidak terkeliru dan terpedaya dengan fahaman-fahaman yang menyimpang dari landasan Islam yang sebenar seperti wahabi, syiah, liberalisme dan pluralisme.

"Malahan yang lebih merbahaya ialah fahaman yang boleh membawa kepada keganasan dan mengancam keselamatan rakyat," titahnya pada Majlis Multaqa Ulama' Kali Ke-4 Johor Darul Ta'zim di sini hari ini.

Titah ucapan Sultan Ibrahim dibacakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.