Disediakan oleh
Kluang Today
5:35:00 PTG
-
1
Ulasan
KUALA LUMPUR : Kecewa kerana melihat prestasi anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam politik dalam arena politik menjadi punca bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau sangat memahami perasaan mantan perdana menteri itu apabila melihat anaknya tidak begitu menonjol dalam kancah politik negara walau telah diberi ruang dan peluang istemewa untuk berbuat demikian.
“Kita boleh faham pada usia beliau (Mahathir), yang hendak lihat anaknya naik dalam politik. Dan bila itu tidak berjaya beliau tentu rasa tersinggung dengan Umno. Sukarlah kita dalam Umno hendak pertahankan dia (Mukhriz).
"Mukhriz bertanding Ketua Pemuda Bahagian, kalah. Tetapi kita terima dia tanding Ketua Pemuda Umno Malaysia. Tidak ada yang kalah di bahagian tapi layak tanding Ketua Pemuda Malaysia, dan dia kalah juga.
“Kemudian dia hendak tanding Naib Presiden, juga rekod. Tidak ada yang kalah di Ketua Pemuda Malaysia hendak bertanding terus jawatan Naib Presiden. Tidak ada orang kalah Naib Presiden boleh jadi Menteri Besar dan juga Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah," katanya ketika luar ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, kekecewaan yang dihadapi oleh Dr Mahathir itu dilepaskan pula pada Umno, namun, beliau percaya di hati kecil Dr Mahathir sedar apa yang dilakukan adalah tidak wajar.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut berharap agar Mahathir cepat sedar dengan tindakanya sekarang sebelum semuanya terlambat.

kuatnya org tua satu ni makan dedak. mahathir kata sapa makan dedak bukan manusia. binatang aje yang makan dedak. aku memahami kenapa ko tak puas hati kat mahathir tu....pemakan dedak.
BalasPadam