Terkini

Khamis, 31 Mac 2016

Dr Mahathir Tinggalkan Proton Setelah Tidak Lagi Menyokong Kerajaan

mahathir-proton-ends

PETALING JAYA : Setelah tidak lagi menyokong kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuat keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa pada Khamis.

Menurut sumber pejabat bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan pada Khamis, surat perletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar pada Rabu.

Dalam pada masa yang sama, Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), juga berkuat kuasa pada 30 Mac 2016.

Tambah kenyataan itu, Dr Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Tioman (Tida).

Menurut kenyataan itu, Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai perletakan jawatan itu.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.