Terkini

Jumaat, 1 April 2016

Umno Johor Sangkal Tuduhan Liar Mahathir

Samsol-Bari-Umno

JOHOR BAHRU : Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali dalam satu kenyataan kepada media berkata, Umno akan terus konsisten mempertahankan parti dan institusinya walau berat macam mana sekali cabaranya.

Jelas beliau, sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang kekuatan orang Melayu, Umno perlu bekerja lebih kuat dalam uasaha menyakinkan rakyat jika mahu terus kekal relevan sebagai parti pemerintah.

Menurut beliau, kepimpinan Umno Johor sentiasa berjuang untuk memastikan nasib rakyat sentiasa terbela.

“Kita akan sama-sama terus mempertahankan apa sahaja yang kita miliki ini supaya segala pembangunan dilaksanakan akan terus dinikmati generasi akan datang.

“Ini kerana, kita tidak mahu apa yang kita peroleh akan terhenti begitu sahaja, maka kita konsisten dan meningkatkan usaha mempertahankannya,” katanya.

Samsol Bari berkata demikian mengulas penulisan blog chedet.com yang menyatakan ahli Umno sudah seperti tidak sayangkan parti itu apabila terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Adun Semarang berkata, Umno Johor juga sentiasa menghargai pimpinan hingga akar umbi atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan untuk menaikkan parti.

“Umno tidak akan mempertahankan pemimpin yang salah. Beliau (Mahathir) bercakap mengikut emosi dan sepatutnya berpijak di bumi nyata.

“Tidak boleh dia menuduh orang salah. Kami ahli Umno di peringkat bawah tidak rela dipersalahkan sepanjang masa. Tidak adil beliau cakap begitu,” katanya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.