Disediakan oleh
Unknown
12:42:00 PG
-
3
Ulasan
Bagai tiada pilihan untuk keluar dari kemelut keewangan yang melanda, akhirnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat yang ditetapkan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida.
Ketika dihubungi pemberita, Dr Vida berkata persetujuan mengenai syarat tersebut dimaklumkan sendiri Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi aplikasi WhatsApp pada pagi Sabtu.
"Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat itu," katanya.
Bagaimanapun, Dr Vida menjelaskan bahawa tidak akan mendedahkan maklumat terperinci mengenai perjanjian tajaan itu sehingga pihak Kafa mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
Ketika diminta mengulas mengenai kritikan penyokong The Red Warrior mengenai syarat tersebut, Dr Vida bagaimanapun enggan cepat melatah.
Katanya, kritikan yang dilempar oleh penyokong The Red Warrior itu sedikit pun tidak memberi kesan kerana itu adalah perkara biasa yang pernah dialaminya sebelum ini.
Namun, tegas beliau syarat yang ditetapkan itu adalah bertujuan untuk mengubah wajah pasukan Kelantan agar nampak lebih 'segar' dan mencetuskan fenomena baru dalam industri sukan di negara ini.
Pada Jumaat, Dr Vida menetapkan dua syarat sebelum bersedia menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.
Dua syarat tersebut melibatkan perubahan kepada warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu, manakala nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
tukar warna merah jambu..????....tahu kah anda...?? warna merah jambu pada lelaki adalah lambang gay !!!dah jadi jantan jambu jambu belaka our warrior...ha..ha..ha..
BalasPadamPaling penting tendang bola masuk gol..
PadamBoleh guna apa-apa kemudahan yang diwarnakan dengan warna merah jambu contohnya koc komuter merah jambu.
BalasPadam