Terkini

Rabu, 6 Januari 2016

Kutipan PTPTN Meningkat Selepas Skim Potongan Gaji Mandatori Dilaksanakan

ptptn-2016

Tahap kesedaran dikalangan penjawat awam untuk membayar hutang PTPTN mereka mula menunjukkan peningkatan setelah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan skim potongan gaji mandatori terhadap peminjam yang 'liat' dalam bab melunaskan hutang.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata jumlah kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN itu meningkat kepada 20 peratus selepas pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini.

Menurut Mastura, setakat 20 Oktober tahun lalu, hanya sembilan peratus peminjam di kalangan penjawat awam yang membuat pembayaran balik pinjaman mereka.

Beliau berkata pada Disember lepas, PTPTN telah berjaya mengutip lebih RM133 juta, meningkat sebanyak 38 peratus dari bulan sebelumnya.

"Kita berharap perkembangan ini akan menjadi satu titik permulaan yang baru bagi peminjam untuk membuat bayaran balik secara konsisten," katanya.

Mastura berkata PTPTN telah lama memperkenalkan bayaran balik melalui potongan gaji, tetapi tidak ramai yang membuat pilihan tersebut.

"Pelbagai kaedah boleh diambil oleh peminjam, antaranya, peminjam yang terlibat boleh membuat penstrukturan semula hutang dengan jumlah ansuran berasaskan kemampuan bagi tempoh tidak melebihi umur 60 tahun," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan potongan gaji mandatori itu juga adalah antara langkah terakhir apabila peminjam didapati gagal melakukan pembayaran balik menerusi pelbagai kaedah lain.

"Potongan mandatori hanya dibuat kepada mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik. Mereka ini telah diberi tempoh membayar balik antara 10 hingga 15 tahun, tetapi tidak pernah membayar pinjaman tersebut.

"Apabila tinggal tempoh hanya setahun sahaja perlu menjelaskan hutang dengan PTPTN, inilah menyebabkan pinjaman yang terpaksa dibayar balik tinggi," katanya.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. DALAM ISLAM, HUTANG KENA BAYAR DALAM APA CARA SEKALIPUN. MASALAH SEKARANG PEMINJAM PTPTN TAK NAK BAYAR PINJAMAN BIARPUN DIBERI KELONGGARAN OLEH KERAJAAN SEDANGKAN WANG YANG MEREKA BAYAR AKAN DIGUNAKAN SEMULA BAGI MEMBIAYAI PINJAMAN PADA ADIK ADIK MEREKA YANG AKAN MELANJUTKAN PELAJARAN. PEMINJAM PULAK TERPENGARUH DENGAN FATWA USTAZX PEMBANGKANG YANG MENGATAKAN TAK PERLU BAYAR KERANA ITU TANGGUNGJAWAB KERAJAAN. SUBHANALLAH...PINJAMAN DIBERI BAGI MEMUDAHKAN KITA MELANJUTKAN PENGAJIAN BUKAN SUMBANGAN. JADI KEPADA PEMINJAM, TOLONG AMBIL TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR BALIK PINJAMAN BIARPUN SEDIKIT SECARA ANSURAN. BERSYUKURLAH DENGAN PTPTN KITA DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN, MENDAPAT KEJAYAAN DAN MENDAPAT KERJA. JANGAN JADIKAN HUTANG PTPTN SEBAGAI KUNCI SIKSAAN DI AKHIRAT KERANA FATWA SONGSANG PEMBANGKANG.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.