Disediakan oleh
Kluang Today
10:33:00 PTG
-
0
Ulasan
Tepat jam 12.00 tengah malam ini, harga bahan api pada bulan Januari 2016 bakal menyaksikan penurunan secara menyeluruh.
Harga bagi Petrol RON95 akan turun sebanyak 10 sen kepada RM1.85 seliter, manakala RON97 turun 20 sen kepada RM2.25 seliter.
Harga diesel biasa berkurangan sebanyak 30 sen kepada RM1.60 seliter, manakala harga diesel Euro 5 itu juga akan turun sebanyak 30 sen kepada RM1.70.
Sementara itu, MStar Online melaporkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengesahkan perkara itu.
Harga RON95 bagi bulan Disember adalah RM1.95 seliter manakala harga RON97, diesel biasa dan diesel Euro 5 adalah RM2.45 , RM1.90 dan RM2.00 seliter.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel dengan sistem pengapungan harga minyak bermula 1 Disember tahun lalu berikutan penghapusan semua subsidi bahan api.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.