Terkini

Rabu, 30 Disember 2015

Penurunan Harga Minyak Mentah Dunia Tidak Pengaruhi Bajet 2016

bajet-2016-malaysia

BERNAMA: Kerajaan tidak berhasrat melakukan sebarang semakan semula terhadap Bajet 2016 pada masa sekarang biarpun berlakunya penurunan harga minyak mentah global, kata Timbalan Menteri Kewangan,‎ Datuk Johari Abdul Ghani.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan akan terus memantau pergerakan harga bahan api itu pada suku pertama tahun depan sebelum membuat sebarang keputusan selanjutnya.

"Sewaktu bajet berkenaan disediakan, harga minyak mentah adalah AS$48 setong dan ia kini turun kepada AS$36 setong.

"Impaknya terhadap pendapatan kerajaan masih lagi memadai dan kita tidak melihat sebarang keperluan untuk melakukan semakan semula bajet itu sekarang," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian cabutan bulanan, mingguan dan tempatan SSP Bank Simpanan Nasional, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, sekiranya harga minyak mentah jatuh ke paras di bawah AS$30 setong, kerajaan akan mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan untuk diselaraskan dengan bajet berkenaan.

Selain itu, mengenai kemungkinan melaksanakan langkah pelarasan harga petrol kepada mingguan berbanding bulanan ketika ini, beliau berkata kerajaan bersikap terbuka terhadap cadangan itu selagi ia tidak membebankan rakyat.

Malah, katanya, Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) dijadualkan mengemukakan cadangan mengenai perkara itu kepada kementerian minggu depan untuk dipertimbangkan.

"Kita tidak melihat sebarang masalah melakukan pelarasan secara mingguan tetapi syarikat minyak dan gas serta pihak pengusaha stesen minyak juga perlu tampil (memberi pandangan mereka)," katanya.

Johari berkata, mekanisme pelarasan harga bahan api itu secara mingguan akan menyebabkan pergerakan harga petrol di stesen minyak lebih terarah kepada pasaran semasa dan sebarang perubahannya juga tidak terlalu drastik.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Pernahkah kita terfikir kenapa tiba2 harga minyak merudum jatuh...pada bulan january 2016 AIIB ( Asia Infrastructure investment Bank) akan dirasmikan di China...AIIB akan mengantikan peranan IMF dan World Bank sebagai pengantara perdagangan matawang dunia...cina perlukan stok pengimbal seperti minyak ...game ini sudah dirancang oleh pemodal yahudi dimana China mengantikan USA sebagai strategi perang dunja ke 3 akan datang dan kepulauan spratly sebagai peemangkin perang dunia ke 3 tsb.. harga minyak rendah ini adalah sementara hingga China memenuhi stok pengimbal minyak mereka dng harga yg rendah. ...strategi ke arah WW3...rakyat malaysia dilayan dng berita politik dalaman yg membosankan ....

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.