Terkini

Selasa, 29 Disember 2015

Kedai Harga Patut Muafakat Johor Kini Dibuka Di DUN Paloh

harga-patut-muafakat-johor1

PALOH: Hasrat murni kerajaan negeri Johor yang ditadbir Barisan Nasional untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat negeri ini sekali lagi terbukti apabila sebuah Kedai Harga Patut Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) dibuka di DUN Paloh.

Pada pembentangan Bajet Johor 2016 lalu, kerajaan Johor telah memperuntukkan dana berjumlah RM12 juta bagi membangunkan keseluruhan rantaian nilai Kedai Harga Patut Muafakat ini sebagai solusi mengurangkan beban hidup rakyat.

Mengikut perancangan, untuk fasa pertama sebanyak 20 unit kedai akan mula beroperasi sepenuhnya pada 28 Disember hujung tahun ini, manakala untuk fasa kedua, 50 unit lagi dirancang akan dibuka pada tahun hadapan.

harga-patut-muafakat-johor2

Kedai Harga Patut Muafakat menawarkan barangan keperluan pada harga rendah dan berpatutan di samping diskaun tiga peratus kepada ahli semua koperasi yang berdaftar di bawah imCoop.

Menurut sumber MuafakatJohor.com, di bawah imCoop, kini terdapat 60 buah koperasi anggota yang mewakili 40,000 orang anggota koperasi. Melalui usahasama ini juga, dijangkakan lebih 1300 peluang pekerjaan bakal wujud hasil daripada peruncitan yang diusahakan oleh imCoop.

Menjelang tahun 2017, kerajaan Johor merancang untuk membuka 150 buah unit kedai seumpamnya dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta yang  akan bermula pada tahun hadapan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.