Disediakan oleh
Unknown
10:58:00 PTG
-
0
Ulasan
Salam takziah dari kami seluruh warga kerja Kluang Today Media Network kepada seluruh kerabat Diraja Johor di atas pemergian buat selama-lamanya anakanda kesayangan Sultan Johor, YAM Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang menemui sang penciptaNya petang tadi.
Almarhum Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat disahkan mangkat pada pukul 7.10 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah akibat penyakit kanser yang dihidapi sejak Ogos tahun lalu.
Berdasarkan tijauan yang dilakukan melalui laman sosial, seluruh warga netizen terutamanya rakyat negeri Johor memuat naik status ucapan takziah kepada pihak Istana di laman Facebook masing-masing sebagai tanda bersedih.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada makluman rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Johor berhubung kemangkatan Tunku Abdul Jalil.
Kami doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.