Disediakan oleh
Unknown
12:48:00 PTG
-
0
Ulasan
Foto Sumber: Astro Awani |
Seorang pesara Syed Abdullah Yahya, 60, yang ditemui berkata dia bersiap selepas solat subuh dan meninggalkan rumah menuju ke istana pada pukul 8 pagi.
Menurut Abdullah, dia dan ahli kerluarganya tidak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan keluarga diraja itu sejak zaman Almarhum ayahanda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar lagi.
"Saya berasa sedih dengan pemergian Tunku Abdul Jalil dan saya akan berdoa agar seluruh kerabat diraja bersabar dalam menghadapi masa sedih ini," katanya ketika ditemui di luar istana sini, Ahad.
Portal berita Mstar Online melaporkan, almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat kanser.
Almarhum merupakan anakanda keempat daripada enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Orang ramai diberi peluang memberi penghormatan terakhir pada pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi Ahad di Bilik Singgahsana, Istana Besar.
Foto sumber: Berita Harian |
Almarhum akan disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.
Diputerakan pada 5 Julai 1990, Almarhum disahkan menghidapi kanser hati tahap empat sejak Disember tahun lepas dan pernah menjalani pemindahan hati di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China sebelum ini.
Bagaimanapun, penyakit Almarhum dilaporkan kembali menyerang sejak awal tahun ini.
Tunku Abdul Jalil pernah ditauliahkan sebagai Inspektor Polis pada 2011 dan merupakan kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.