Disediakan oleh
Unknown
10:47:00 PTG
-
1
Ulasan
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan menentang arus Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno tidak akan dapat memecahbelahkan perpaduan parti.
Beliau turut menjelaskan, bahawa Umno pernah mengalami krisis seumpanya sebelum ini yang melibatkan pemimpin utama parti dan dugaan itu berjaya dilalui parti berkenaan.
Beliau turut menerangkan, bahawa situasi yang berlaku sekarang tidak banyak bezanya dengan situasi terdahulu yang pernah berlaku di antara kepimpinan parti.
"Apa bezanya Muhyiddin dengan Datuk Onn Jaafar (Presiden Umno pertama), Tun Dr Ismail Datuk Abdul Rahman (Timbalan Presiden Umno pada tahun 1951), Tun Musa Hitam (Pemangku Setiausaha Agung Umno), dengan Tun Hussein Datuk Onn (Ketua Pemuda Umno pertama)?
"Datuk Onn keluar daripada parti. Tun Dr Ismail letak jawatan apabila tidak sefahaman dengan Tunku Abdul Rahman,” katanya.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas pertanyaan pemberita mengenai krisis kepimpinan yang berlaku dalam parti keramat milik orang Melayu itu setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan lain, Menteri Pertahanan itu turut menyatakan rasa kagum dengan corak kepimpinan Umno Johor yang dipimpin oleh Datuk Seri Khalid Nordin kerana masih lagi berpegang kepada tunjuk ajar pemimpin sebelumnya.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengingatkan ahli parti untuk meneruskan penyatuan tanpa memberi peluang kepada pembangkang untuk menyerang Umno.
Beliau juga berharap perwakilan dan ahli parti terus komited memikul amanah yang diberikan oleh parti kepada diri masing-masing.

Satu pandangan cetek...dulu lain perpecahan pemimpin tak memecah undi...sekarang undi pecah....silap haribulan kecundang pru14 nanti....befikirlah diluar keselesaan.
BalasPadam