Terkini

Isnin, 23 November 2015

Zahid Dedahkan Siapa Dalang Sebenar Insiden Pencerobohan Lahad Datu

tian-nurul-izzah-kambing

Tanpa berselindung, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini secara terbuka mendedahkan penglibatan Ahli Perlimen Batu, Tian Chua dalam mengatur pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan ketuan pengganas sulu Jacel H Kiram.

 "Tian Chua, dia ialah orang di belakangnya, dia telah mengatur perjumpaan itu.

"Saya harap Tian Chua berhati-hati terhadap perbuatannya, Tian Chua harus lebih teliti dalam mengaturkan program pemimpin-pemimpin partinya," katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu pertemuan Nurul Izzah dan anak ketua pengganas itu yang dilihat jelas membabitkan isu berkaitan maruah dan kedaulatan negara.

Dalam satu kenyataan lain, beliau turut menasihatkan Tian Chua supaya tidak menafikan perkara tesebut di dalam media tetapi sebaliknya meminta wakil rayat Parlimen Batu itu menafikanya ketika disoal pihak polis.

Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.