Terkini

Isnin, 23 November 2015

Nurul Izzah Boleh Didakwa Di Bawah SOSMA Sekiranya Berkomplot Dengan Pengganas

nurul-tuan-chua-sulu

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung tindakannya mengadakan pertemuan sulit dengan anak perempuan ketua pengganas bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan medianya berkata, pihak polis akan memanggil Nurul Izzah pada minggu depan untuk disoal siasat bagi mengetahui tujuan sebenar pertemuan penuh kontroversi itu.

Menurut Khalid Abu Bakar, walaupun beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka, pihak polis tetap akan akan memanggilnya untuk disoal siasat kerena pertemuan sulit yang berlaku itu boleh mendatangkan ancaman kepada keamanan dan keselamatan negara.

Mengulas lanjut pertanyaan peberita tentang tujuan Nurul Izzah ke Manila sambil ditemani Ahli Parlimen Batu, Khalid berkata tindakan Nurul Izzah selaku anggota parlimen pergi bertemu denggan kumpulan pengganas yang telah menyebabkan ramai anggota polis dan tentera terkorban sepatutnya tidak berlaku.

Tambah beliau, pihak polis juga akan menyiasat sekiranya terdapat kemungkinan serangan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 didalangi oleh pihak tertentu dari dalam negara berikutan pertemuan Nurul Izzah itu. 

Pada pertengahan November lalu negera dikejutkan dengan berita kematian seorang tebusan rakyat Malaysia yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu.

Baru-baru ini terdapat dakwaan cuba mengaitkan kematian Bernard Then Ted Fen dengan pertemuan  wakil rakyat dari Malaysia itu bersama kumpulan pengganas di sana.

Kematian Bernad dilapor berlaku selang beberapa hari selepas Nurul Izzah dan Tian Chua berjumpa dengan anak ketua pengganas Sulu, Jacel H. Kiram di Manila. Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak tampil mengesahkan perkara tersebut.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.