Terkini

Selasa, 24 November 2015

Muhyiddin, Shafie Tidak Hadir Mesyuarat MT Umno

Muhyiddin-Shafie-Najib

Tidak seperti kebiasaannya mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kali ini diadakan di luar dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mesyuarat yang diadakant di bangunan sementara Parlimen itu dibuat atas alasan bimbang sekiranya ada pengundian berlaku dalam sidang Parlimen.

Bagaimanapun seperti jangkaan ramai, mesyuarat kali ini berlangsung tanpa kehadiran timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut laporan akhbar tempatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan kini berada di luar negara atas urusan peribadi. Manakala Datuk Seri Shafie Apdal pula dilaporkan sedang menunaikan ibadah Umrah.

Mesyurat yang dipengurusikan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ini merupakan mesyuarat kedua selepas Muhyiddin dan Shafie disingkirkan daripada Kabinet Julai lalu.

Terdapat spekulasi menyatakan mesyuarat ini sengaja diawalkan kerana pimpinan Umno mahu membincangkan tentang pemecatan Muhyiddin dan Shafie.

Namun, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Mansor pada Ahad menolak spekulasi ini menyatakan ia didalangi pihak yang mahu mengeruhkan perpaduan parti.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.