Terkini

Selasa, 24 November 2015

Kerajaan Beri Jaminan Penjualan Aset IPP Negara Tidak Jejas Industri Tenaga

1MDB-power-asset

Kerajaan beri jaminan bahawa industri tenaga negara tidak akan terjejas dengan keputusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjual anak syarikatnya, Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN Group).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili memberitahu Dewan Rakyat, bahawa pelepasan 100 peratus ekuiti kepada syarikat milik kerajaan China itu hanya melibatkan 14 peratus daripada jumlah keseluruhan penjanaan tenaga di negara ini.

Ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (DAP-Bayan Baru) di Dewan Rakyat hari ini,  Ongkili menjelaskan bahawa kerajaan masih lagi mengawal aset strategik negara yang dilepaskan itu menerusi undang-undang dan pengeluaran lesen penghasilan tenaga elektrik kepada pengguna di negara ini.

Tindakan 1MDB melepaskan 100 peratus kepentingannya dalam Edra Global Energy Bhd pada Isnin lalu telah membangkit rasa kurang senang pihak tertentu.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, penjualan aset syarikat itu kepada konsortium asing akan membawa lebih banyak dagangan antara IPP dengan syarikat luar negara pada masa depan.

Katanya lagi, penjualan aset tersebut bertentangan dengan dasar negara yang mengawal aset strategik daripada dijual kepada syarikat asing.

Dalam satu kenyataan berasingan, Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berkata transaksi itu dijangka selesai pada Februari 2016 dan bakal mencatat kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, seperti dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei lalu.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Kalau jual negara sekalipun, statementnya ialah, rakyat tak perlu risau, rakyat akan tetap rakyat malaysia.. itu jaminan kerajaan kah kah kah!!! Rakyat tak perlu risau...

    BalasPadam
  2. Mujurlah dijual kepada china.... cina malaysia tak akan bising... kalau dijual pada India pun tak mengapa... tapi kalau jual kpd Indonesia, kerajaan terpaksa berhadapan dgn DAPigs dan tentu sekali akan panas punggung dibuatnya...
    apa-2 pun, sebahagian dari "kerajaan" telah dijual.... belum lagi masuk musim TPPA... kalau dah masuk, entah apa pulak akan dijual... tapi ingat, hanya kpd negara China sahaja tau!!!...

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.