Terkini

Khamis, 26 November 2015

Nurul Izzah, Tian Chua Diharamkan Dari Memasuki Sabah

tian-nurul-sabah

Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul khas untuk melarang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu mendapat maklumbalas positif dari seluruh rakyat Malaysia.

Pengaharaman tersebut dibuat susulan pertemuan mereka dengan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram di Manila awal November lalu.

Usul bagi menghalang kedua-dua Ahli Parlimen itu kerana mencemar kedaulatan Sabah yang dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan mendapat sokongan penuh kesemua wakil rakyat Barisan Nasional negeri itu.

Datuk Johnson Tee yang juga Timbalan Speker DUN Sabah membenarkan usul khas itu kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Dalam usul itu juga turut menyatakan supaya satu siasatan terperinci dijalankan dan tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu kerana bersubahat dengan kumpulan pengganas yang telah mengancam keselamatan negara

Melalui satu kenyataan berasingan, Tian Chua hari ini berkata beliau menghormati serta akur dengan keputusan Persidangan Dun Sabah mengharamkan beliau dan Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu.

Beliau turut mengakui bahawa kerajaan negeri Sabah berhak untuk berbuat demikian.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.