Terkini

Jumaat, 27 November 2015

Kerajaan Negeri Rancang Buka 150 Kedai Harga Patut Muafakat Johor Menjelang 2017

khaled-nordin-mb

Kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) merancang akan membuka sebanyak 150 unit Kedai Harga Patut Muafakat Johor menjelang tahun 2017.

Tujuan utama pembukaan unit kedai ini adalah untuk membantu rakyat meringankan kos sara hidup yang ditanggung mereka pada masa kini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain bertujuan untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup, ia juga untuk merapatkan jurang ekonomi rakyat, terutamanya di Johor dan wilayah Iskandar Malaysia.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor berkata Taman Kota Masai, Pasir Gudang menjadi lokasi pertama pelancaran Kedai Harga Patut Muafakat Johor.

Tambah beliau, dalam masa terdekat sebanyak 19 buah unit kedai harga patut lagi akan dibuka dan beroperasi serentak di seluruh negeri ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa Kedai Harga Patut Muafakat Johor yang dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) itu ditadbir urus oleh tenaga pakar profesional dari bidang peruncitan dan pemborongan.

Katanya lagi, pengguna juga berpeluang untuk mendaftar menjadi anggota koperasi bagi membolehkan mereka mendapat potongan harga tiga peratus untuk setiap pembelian dengan hanya menunjukkan kad keanggotaan imCoop sewaktu membayar di kaunter.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.