Terkini

Selasa, 3 November 2015

Wakil Rakyat Pas Sebulat Suara Akan Menyokong Bajet 2016

hadi-awang-bajet2016

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan akan mengarahkan wakil rakyat dari partinya mengambil langkah berkecuali serta tidak akan menyokong usul penolakan Bajet 2016.

Menurut Abdul Hadi, ketetapan tersebut dibuat setelah kesemua ahli Parlimen yang mewakili Pas sebulat suara bersetuju untuk tidak bersama dalam usul itu.

Jelas beliau lagi, Pas tidak akan membangkang sekiranya inti pati Bajet 2016  itu membawa perkara positif  dan memberi banyak manfaat kepada rakyat serta selari dengan dasar parti.

Berkata kepada sebuah portal berita tempatan, Abdul Hadi menyatakan bahawa ada perkara yang Pas tidak setuju dengan parti pemerintah tetapi tidak mungkin kali ini Pas akan mengikut saranan Dap dan Pkr membantah usul Belanjawan (Bajet) 2016.

Beliau mengulas tentang saranan anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, baru-baru ini yang meminta kesemua wakil rakyat pembangkang menolak usul Bajet 2016.

Katanya Pas kini berpaksi kepada perjuangan bagi mengubah dasar kerajaan, dan bersedia menjadi penasihat serta pembantu sekiranya Umno mengubah dasar pemerintahannya.

Selain itu, Abdul Hadi turut memaklumkan Pas juga menghantar pasukan untuk berbincang dengan Umno mengenai isu berbangkit seperti GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit, 
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.