Terkini

Isnin, 2 November 2015

Kelonggaran Dasar Monetari AS Punca Nilai Ringgit Jatuh

norman loayza ringgit malaysia

Pakar Ekonomi Utama Kumpulan Penyelidikan Pembangunan Bank Dunia, Norman Loayza berpendapat penurunan nilai ringgit Malaysia adalah disebakan oleh kelonggaran dasar monetari Amerika Syarikat dan proses pemulihan ekonominya.

Dalam ucapanya pada Persidangan  Ulang Tahun Ke-25 Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) di sini, beliau berkata, isu penurunan nilai ringgit bukan isu khusus negara dan bukan kali pertama Malaysia mengalaminya.

Jelas beliau lagi, adalah penting bagi mana-mana ekonomi matang untuk melihat kepada produktiviti yang termasuk inovasi, pendidikan, kecekapan, prasarana dan kewangan, sebagai kunci kepada pertumbuhan.

Beliau turut menekankan bahawa persediaan semasa tempoh ekonomi baik menerusi dasar kewangan dan makroekonomi yang berhemat, insurans dan perlindungan sosial bersasar dan sektor swasta fleksibel merupakan antara isu-isu penting yang perlu ditumpukan dalam menguruskan risiko dan krisis

Loayza berkata kualiti prasarana dan paras pendapatan di Asia Timur adalah sangat memberangsangkan, dan rantau-rantau membangun lain mahu mencontohi pembangunan ekonominya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.