Terkini

Ahad, 1 November 2015

Mahathir Punca Isu 1MDB Menjadi Kontroversi

arul-kanda-1mdb-kontroversi

Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan kepada media berkata, kontroversi yang melanda syarikat milik kerajaan itu berpunca dari persoalan 'kehilangan' wang RM42 bilion yang senghaja dibangkitkan Tun Mahathir demi kepentingan pihak tertentu.

Menurut Arul Kanda, pada mulanya persepsi yang diwujudkan pembangkang berkenaan syarikat 1MDB gagal memberi sebarang impak kepada kerajaan sehingga Tun Dr Mahathir muncul  membuat tuduhan terbuka di media massa.

Berikutan dari tuduhan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir itu, mereka yang sebelum ini menyokong kerajaan memulakan kritikan terhdapa 1MDB kerana mempercayai tuduhan yang dibuat itu adalah benar. Isu ini menjadi sangat kontroversi apabila bebeperapa pemimpin politik tampil menyokong tuduhan yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu, ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai kritikan keras pemimpin politik pembangkang dan juga kerajaan berhubung isu 1MDB yang dianggap menjadi liabiliti pada kerajaan, Arul Kanda menegaskan bahawa  yang beliau bukannya ahli politik sebaliknya golongan profesional jadi tidak sesuai untuk beliau menjawab perkara itu.

Selain Dr Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara individu yang lantang mengkritik kerajaan dalam isu 1MDB.

Mengulas lanjut mengenai isu yang dibangkitkan Bank Negara, Arul Kanda menjelaskan pihaknya berpegang kepada kenyataan yang diputuskan oleh Peguam Negara sebelum ini bahawa 1MDB bebas daripada siasatan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.