Disediakan oleh
Unknown
12:00:00 PG
-
0
Ulasan
Berdasarkan data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap tahun secara purata seramai 18,000 remaja wanita di negara ini hamil dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan.
Menurut menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam, dari jumlah tersebut, kira-kira 4,500 atau 25 peratus daripadanya membabitkan remaja yang hamil luar nikah.
Jelas beliau lagi, secara purata terdapat 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes sehari dilaporkan di seluruh negara.
Ketika ditanya mengenai bilangan remaja yang hamil akibat dirogol, Dr Subramaniam berkata, jumlah kes tersebut amat kecil berbanding kes remaja hamil disebabkan kerelaan sendiri.
Beliau berkata kehamilan di kalangan remaja bukan sahaja memberi kesan kepada individu berkenaan, malah dikhuatiri boleh mengundang risiko kematian terhadap bayi dalam kandungan selain kesihatan dan keselamatan ibu itu sendiri.
Menurutnya, Kaji Selidik Kesihatan Pelajar Berasaskan Sekolah Global kendalian Kementerian Kesihatan pada 2012 membabitkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di seluruh negara, mendapati 50.4 peratus yang ditemui mengaku mengadakan hubungan seks kali pertama sebelum usia 14 tahun.
"Perkara ini (seks bebas) jika tidak ditangani secara berkesan ia akan meningkatkan lagi risiko kehamilan di kalangan remaja dan seterusnya mengundang kesan negatif seperti pembuangan bayi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.