Disediakan oleh
Kluang Today
10:02:00 PTG
-
0
Ulasan
Setelah enggan membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bakal dikenakan tindakan saman.
Menurut sumber memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan saman fitnah itu pada 27 Oktober melalui tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Kata sumber itu lagi, notis saman tersebut akan dihantar kepada Liong Sik dalam masa terdekat. Dalam notis saman tersebut menyatakan, Najib memohon untuk saman umum, ganti rugi teruk dan teladan.
Memetik laporan akhbar tempatan pada Rabu, Liong Sik berkata beliau sudah lama menunggu untuk dikenakan tindakan undang-undang daripada Najib susulan kenyataan beliau terhadap Perdana Menteri sebelum ini.
Liong Sik yang pernah dikaitkan dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau terkejut mengapa Najib mengambil masa yang begitu lama untuk memfailkan saman.
Liong Sik sebelum ini telah menerima surat tuntutan daripada penasihat undang-undang Najib, yang menuduhnya memfitnah. Kandungan surat tersebut menuntut agar beliau menarik balik dan memohon maaf berhubung kenyataan beliau yang berkaitan isu syarikat pelaburan strategik nasional, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) awal Oktober lalu.
Bagaimanapun, Liong Sik menegaskan pendirian tidak akan menarik balik kenyataannya yang menuntut agar Najib berundur, dan beliau bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.